Nuffnang Ads

Follower

Saturday 8 December 2012

Talasemia Atau Anemia?


Assalamualaikum kekawan semua...





Terbaca satu artikel berkaitan dgn satu penyakit iaitu talasemia, terbayang pulak kata2 kaklean yg dia berkemungkinan mengalami talasemia. Hish takkanlah! Katanya lg yg HA(hospital assistant) kat pusat kesihatan tempat dia belajar yg cadangkan supaya dia pi check kat hospital besar, sebab dia selalu pening2, hampir pitam dan tekanan darah sentiasa rendah. Kata HA tu lg, hemoglobin(Hb)nya pon sgt rendah. Ish... risau jugak. Tp dia masih tak pergi klinik ato hospital lg, sibuk katanya. Kaktee rasa tak kot, taklah seteruk tu sampai menghidap talasemia, kalau anemia tu berkemungkinan besar la.

Talasemia

Sebab apa, talasemia ni adalah penyakit keturunan, yg diwarisi drp ibu bapa sbg pembawa. Dgn kata lain penyakit talasemia ni adalah penyakit keturunan yg menghalang badan drp menghasilkan jumlah darah mencukupi dan berkualiti yg diwarisi melalui gen ibu atau bapa. Kebiasaannya penghidap talasemia ni, dpt dikesan seawal usia kanak2 tersebut enam hingga 18 bulan lg. Lgpon tanda2 penghidap nih, kanak2 akan kelihatan letih serta gelisah, kulit menjadi kekuningan, kembung perut akibat pembengkakkan hati dan limpa serta kurang selera makan. Yg kaktee pasti sume tu takder pd kaklean. Nauzubillah...




Dan yg paling teruk lg pembentukan tulang muka akan berubah dan kekurangan darah yg teruk, yg boleh mengakibatkan kesesakan nafas dan kegagalan fungsi jantung. Sel darah merah penghidap talasemia ni terutama talasemia major hanya boleh hidup dlm beberapa hari ke minggu sahaja berbanding sel darah merah normal yg mampu hidup hingga empat bulan.



pesakit talasemia


Anemia

Sejenis penyakit kurang darah di dlm sistem badan, yg sering dialami oleh kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Ianya dilihat sbg penyakit yg ringan dlm masyarakat. Pd hakikatnya penyakit ini boleh menyebabkan penghidapnya sentiasa dlm keadaan kurang stabil, kerana metabolismenya tidak sampai ke thp yg normal disebabkan oleh circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.




Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih byk berbanding dgn lelaki, sedangkan keperluannya dlm sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan 1 - 2 miligram(mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh meningkat sehingga ke 3 mg.

Umumnya apabila seseorg menghidap anemia, hemoglobin(Hb) di dlm sel darah merah akan berkurangan. Ini bermaksud seseorg memiliki paras Hb kurang drp 11g. Hb adalah pembawa oksigen dan zat makanan ke seluruh anggota badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yg mengcukupi utk berfungsi dgn optimum.





Simptom Anemia

Jikalau ini berlaku, maka ianya perlu dipandang serius kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yg menghidapinya. Anemia akan menyebab seseorg mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk. Bg remaja perempuan yg masih belajar akan mengalami kurang daya tumpuan dlm pelajaran.





Selain itu, seseorg penghidap juga akan mengalami pening2, pitam dan lemah otot. Namun begitu, setiap penghidap akan mengalami simptom yg tidak akan sama dgn penghidap yg lain kerana ianya berdasarkan jenis anemia yg dialami. Bgmanapon anemia boleh dikesan apabila ada tanda2 seperti pucat terutama pd bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar2, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus, serta kerap pening atau pitam.

Faktor

Faktor lain yg boleh menjadi penyebab wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan seseorg. Kadang2 seseorg wanita mengawal pemakanannya secara tidak seimbang, kerana faktor kegemukan. Dgn kata lain takut gemuk. Kekurangan pengambilan zat besi dari makanan seperti daging, makanan laut atau makanan2 lain yg byk mengandungi kolestrol (cth kolestrol baik).

Rawatan dan Pencegahan

Anemia ini boleh dicegah melalui pengambilan makanan yg mengandungi byk atau tinggi kandungan zat besi. Contohnya hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah2 kering seperti kismis, zaitun dsbnya. Zat besi yg sederhana boleh didapati drp daging, ikan, bijirin dan sayuran hijau spt pegaga, pucuk paku, bayam dan kailan.





Sumber zat besi drp haiwan lebih mudah diserap dgn baik oleh badan berbanding dgn zat besi yg bersumberkan tumbuh-tumbuhan. Seelok-eloknya seseorg itu perlu makan sekurang2nya satu jenis makanan dr sumber haiwan yg kaya dgn zat besi setiap hari.

Pengambilan vitamin C adalah amat diperlukan kerana ianya membantu penyerapan zat besi di dlm badan. Minumlah sekurang2nya dua gelas jus sehari, makan buah2an dan juga sayur2an. Elakkan meminum minuman yg berkarbonat, bercoklat, teh, kopi yg mana ianya boleh menghalang penyerapan zat besi di dlm tubuh.





Selain tu, utk merawat dan melegakan anemia ini, anda boleh... 

  • Tingkatkan pengambilan iron supplements spt asid folik dan vitamin B12 jika anda vegetarian dan ibu mengandung. 
  • Makanlah makanan yg kaya zat besi spt cereals, roti, dan pasta (selain disebut di atas).
  • Dapatkan rehat dan tidur yg cukup setiap hari.
  • Jauhi minuman berkafein seperti teh atau kopi dan minuman bergas.
  • Makan byk buah2an dan juga sayur2an yg mengandungi vitamin C spt jus oren.


Untuk tidak menghampakan sesiapa sahaja yg membaca entri ni, kat sini kaktee sertakan carian berkaitan dgn penyakit anemia dan talasemia. Byk lg maklumat2 yg kekawan boleh dapati berkaitan penyakit ini dgn meng-google.

p/s: semua sumber dr google

Sekian. Daaa...!!!


Perihal Antibodi


Assalamualaikum kekawan semua...





Terpanggil utk buat satu entri ringkas berkaitan dgn kekurangan antibodi. Kekurangan antibodi di dlm tubuh badan seseorang. Pg td terbaca satu artikel berkaitan ini di dlm HarianMetro, edisi jumaat 7 dis 2012. Sedih jugak baca kisah berkaitan seorang anak yg mengalami kekurangan antibodi yg telah memberi kesan sebegitu rupa ke atas dirinya (adik muhammad adam~3 thn). Tempurung lutut dan urat pahanya terpaksa dibuang kerana mereput akibat jangkitan kuman.




Lalu kaktee google utk cari sedikit maklumat tentang antibodi ini. Antibodi adalah sistem pertahanan badan, yg mana ianya terbentuk secara perlahan2 selaras dgn peningkatan usia seseorang. Merupakan cara semulajadi badan melawan kemasukan bakteria, virus, fungi dan parasit yg boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.





Antibodi ini terbentuk drp protin darah yg dihasilkan dlm limfoid sbg tindakbalas terhadap kehadiran antigen (bhn asing) tertentu. Ia akan sentiasa bergerak dlm plasma darah utk menyerang antigen, yg sekaligus menjadikannya tidak berbahaya kpd badan. Seseorg akan mengalami masalah kesihatan apabila sistem pertahanan badan (antibodi), yg juga disebut imun tidak dpt melawan dan menghapuskan organisma asing yg masuk ke dlm badan.



Kekawan boleh klik disini utk mengetahui info berkaitan tajuk atau kesihatan tubuh badan. Kaktee juga ingin mewarwarkan kpd kekawan, bahawa jika anak2 kerap mengalami demam, pening2 kepala, mual2, sakit perut dan muka pucat adalah merupakan tanda2 awal yg anak2 tersebut berkemungkinan besar mengalami kekurangan antibodi. Ini telah berlaku kpd anak kaktee sendiri (kakak). Bayangkan dlm seminggu hanya dpt ke sekolah dlm dua atau tiga hari shj. 


alhamdulillah kakak dah sihat skarang...


Jumpa doktor, makan ubat baik sekejap. Kemudian berulang lg sehingga hampir setahun. Kali kelima jumpa doktor, barulah doktor berterus terang bahawa anak kaktee kekurangan antibodi dan jugak kekurangan darah. Kakak ni kejap2 demam, kejap2 pening, sakit perut dan mcm2 lglah. Kesian dia nak belajar pon tak senang.

Doktor wee cadangkan kaktee beri supplement utk kuatkan antibodinya tu. Beliau cadangkan beri minyak ikan kod dan ubat tambah darah sangobion. Tp lepas dominggu mkn sangobion dia mula rasa mual2 ngan ubat tu, pastu kaktee tukar ngan ubat obimin sampai skarang. Kalau la dia tau yg ubat tu jugak utk org mengandung, agak2nya nak tak dia makan...kihkihkih. Lepas makan sebulan lebih, semua penyakit yg dia hidap tu dah takder sampai la skarang. Alhamdulillah...syukurrr. Akan tetapi leni bila dah sihat, dia mula culas makan ubat2 tu. Nak kena ingatkan selalu, kalau tidak asyik lupa ajer. Ish ish ish...







Selain tu ada kawan2 yg bg nasihat supaya beri mkn epal hijau. Kata mereka epal hijau ni boleh menguatkan antibodi. Boleh dimakan gitu ajer atopon dibuat jus. Apelg... terus beli dan beri kakak mkn byk2. Sebbaek dia suka, kalau tak tataw la canne. Memang betul2 berkesan. Tak lupa jugak doa seorang ibu taw, amat penting dan penuh keberkatan...ecewah. Kalau kekawan ada info tentang cara lain bg menguatkan antibodi neh, boleh ler info ke sini ya.




Sekian. Daaa...!!!


Thursday 29 November 2012

Baik Buruk Jejantas


Assalamualaikum semua...





Terpanggil utk membuat satu entri tentang jejantas neh. Baik buruknya jejantas. Yg baiknya tu budak kecik pon tauuu. Motip utama nak citer yg buruk la weii. Mungkin tak sume tempat la kot. Hmh yg biasa, dah jadik tempat maksiat walopon di tengahari buta, mlm hari lg la agaknya...tet...isu sensitip!

Ni kaktee nak citer tentang keselamatan anak2, adik2 kita yg belajar jauh dr makpak nih. Aritu masa pi shah alam jumpa kaklean, kebetulan lalu bawah jejantas kat pintu pagar uitm yg belakang belah seksyen 7 tu, kaklean terciter la yg dotiga hari yg lepas katanya ada kawan kpd kawan dia la... kena samun kat atas jejantas tu. MasyaAllah...makpak mana yg tak risau cecakap2...

Budak2 student tu 4 org kalau tak salah igt la, penyamun tu pulak 2 org. Sorang jaga tangga belah turun dan yg sorang lg serang belah naik. Dorang mintak duit jer. Aa ye la nak duit, kalu dia buat lebih lg, tak ke merana hidup budak2 student tu. Eh kan ramai org? Ala mama penyamun tu serang betul2 belakang banner yg digantung kat atas tu, jadik terlindung la dr pandangan org ramai. Oh gitu rupanya ya.





Motif citer? Kpd org2 yg bertanggungjawab kat luar sana, toksah la pasang banner2 iklan kat jejantas tu. Mengundang bahaya. Sejak aritu, bila tgk jer banner2 iklan tertempek kat mana2 jejantas, terus sakit hati yg melampau taw.




Sekian. Daaa...!!!


5 Perkara


Assalamualaikum kekawan semua...




Pagi ni tetiba jer nak tulis pasal lirik satu lagu ni, tp tak pasti sgt tajuknya. Yag pasti nyanyian kumpulan nasyid Raihan. Kaktee rasa patut diingat dan dihayati oleh sumorang taw. Tak kira la you tu sapa, bebudak ker, ontua ker, org besar2 ker, ah sapo2 jor la...

Bagus jugak kan skalik skala terdengar lagu2 yg hala2 ketuhanan nih, insaf serta-merta weh! Dengar ek...kalu buleh nyanyikan skalik taw...taw...hehee

Ingat 5 perkara:-


Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

Hidup sebelum M A T I...


Susunan lirik tu tataw la yg mana dulu ek! Tp yg pasti cukup mendalam maknanya kan. Sama2 la kita menginsafi diri ya!

Sekian. Daaa...!!!


Saturday 24 November 2012

Segmen : Review 8 Yang Terpantas By Cik Misya! (Versi 2)


Assalamualaikum kekawan semua...




Skarang ni kaktee nak join satu segmen yg dianjurkan oleh cik misya. Kaktee terjumpanya masa blogwalking kat blog cik misya la. Ahkak rasa syarat2 yg diberikan agak mudah kecuali yg ke 4 tu. Nak citer apa erk?


  • Mmm... tentang angka 8, yg mula2 tu tentu la tarikh lahir kan, akak lahir pd hari yg ke 28 tp dlm bulan feb. Kira okey la kan, ada gak angka 8 tu...hehe
  • Akak suka angka 8 ni, sebab...pertama kalau ajar budak2, lama baru dorang dpt buat, kena spend masa lama kat situ tak perlu susah2 nak fikir akt lain...eh ade ker? Kedua...kalau jatuhkan no tu, boleh letak kat mata taw, especially pd masa2 kritikal (tertinggal spek daa)...hahaha
  • Ada satu kali tu sebab salah makan punya pasai, 8 kali akak kluar masuk toilet taw...eeuuuww : (
  • Dan yg akhir... akak temuduga naik gred pd hari yg ke 18 taw, tp bulan jan daa...ahak hak.
Untuk penuhi syarat seterusnya, kat bawah ni kaktee nak kena letak banner blog kaktee la pulak... taraaa....



Sekian. Daaa...!!!


Saturday 20 October 2012

Nestle World Walking Day


Assalamualaikum kekawan semua...




Kaktee tertarik ngan satu iklan ni. Nestle World Walking Day. Dan kaktee rasa kita semua patut menyertainya. Tak semua orang dapat join taw, sebab event ni hanya ada di beberapa tempat saja (lihat gambar di bawah). Hanya 6 tempat saja taw... taw.



Kaktee pon kalau berkesempatan mau jugak menyertainya. Akak tinggal kat kemaman, dah tak jauh tu ngan kuantan. Dlm sejam perjalanan ngan kereta gitu. Kalau kaktee ada kat kemaman, insyaallah akan tercapai hasrat di hati tu. Tp kot2 tak sempat balik ke kemaman. Yelah kan 26 okt tu kita sambut hari raya korban, dan kebetulan pulak kaktee balik kg.




Dan yg paling penting korang mesti taw ianya percuma. Semuanya diadakan secara percuma... termasuk penyertaan, sarapan dan jugak cabutan bertuah. Mana mau carik weh!

Jom pakat2 join kat tempat2 yg berhampiran ngan anda. Bagi korang yg berada di sekitar kuantan dan kemaman, anda boleh hubungi individu di bawah utk daftar penyertaan. Korang ada masa dlm seminggu jer lg. Cepat2... hanya 2,500 pendaftaran pertama ajer yg dpt baju T percuma.




Best wooo, cuma jalan jer bukannya berlari. Kalu tak caya boleh usha2 blog viruspadu, dia selalu jugak sertai event cenggini.

Sekian. Daaa...!!!


Friday 19 October 2012

Macam2 Ada Kat Perpustakaan Awam

Assalamualaikum kekawan semua...

Bebeberapa berapa byk be daaa hari yg lepas, kaktee ngan cg zar join satu program yg dianjurkan oleh perpustakaan awam daerah sini. Bawak budak2, ops sebenarnya makpak dorang yg hantar, kite cuma handlekan dorang tu kat sini jer. Daftar mana2 program yg sesuai ngan dorang ni.

Yg sorang ni mak dia temankan, udah ringan satu. Si alif ni masuk permainan puzzle kategori p khas bawah 15 thn. Hanya dia sorang jer, nampak sgt dia gelabah sensorang. Ye la onlaen berdua, bertiga, malah ada yg berempat berlima taw satu kumpulan. Paham2 ajerlah canne kaaann.


puzzle p khas 


kesian alif sensorang


Kat perkarangan pustaka tu mcm2 booth ada, tp kali neh tak byk mcm dulu la dlm 4 ke 5 gitu. Ada booth A&W, jabatan kesihatan, fama dan jugak masakan. Gerai jual air dan satee ikan pon ada. Pastu gerai jual tudung, barang kemas gerek dan jugak kerongsang.


murid2 diberi kupon A&W percuma


pameran jabatan kesihatan








kelas masak pon ada yuu


Kat dlm pulak ada pertandingan mewarna kategori prasekolah, tadika dan kelas perdana bawah 10 thn serta puzzle kategori p khas. Cabutan bertuah pon ada taw. Pendaftaran nombor cabutan bertuah menggunakan kad perpustakaan. Kaktee tak daftar pon sebab kad tu tertinggal lam kreta yg parkingnya jauh mendenak taklah jauh sgt pon tp malas nak pi ambik hikhikhik. 






Disamping tu ada jugak pertandingan dam ular yg disertai murid2 p khas bawah 12 thn. Tigorang murid pipkp skp yg masuk. Tp sorang pon tak menang, takdak nasib. Habis jer acara tu, kaktee pon blah. Pas antar si man, terus balik umah.





Sekian. Daaa...!!!


Jom Sokong Red Warrior


Assalamualaikum...




Sebenaqnya kaktee tak reti nak review tentang bola. Biasanya kaktee baca jer kat mana2 blog atopon kat blog Sharinginfoz tu. Tp alang2 dah terbuat ni, akak teruskn mukoddimahnya jer, erk.

Jom pakat2 sokong klate red warrior. Kali neh sebbaek lawan ngan ATM. Masa klate lawan tranung dulu tu, kammaen susah kite, nak kena sokong dua2. Hoh padan muka, sapa soh org klate dok tranung heheheh...




Sekian. Daaa...!!!


Petua Wajah Mulus


Assalamualaikum kekawan semua...


maukah anda miliki wajah semulus hanis zalikha ato jue aziz?


Dah beberapa hari bertapa, dokdan nak mengupdate blog...Tetiba jer arini terasa nak kongsikan satu petua kecantikan. Alaaaah, awak tu bukan cantik sgt pon nak kongsi2 petua kecantikan bagai... ahak2. Apa kes?

Petua basi ni agaknya sumorang dah tahu pon, tp takpe la kan. Sobabnya petua ni akak selalu amalkan dari dolu2 sampek skarang. Kesannya amat mengagumkan. Ecewah prasan...

Setiap hari masa kekawan dok masak2 kat dapoq tu, rajin2 ler mulut tu mengunyah buah tomato segar. Kalo tak suka, mulakan ngan sepotong jer dulu. Lama kelamaan suka tu dtg la. Anak kaktee yg kedua tu, pantang tgk makdia beli tomato, mesti ayat sama yg keluar... ma aci dok kakak nak satu? Dia tu mkn mcm buah jambu jer, hakak pon jeles.




Kalo takboleh mkn gitu ajer, celupkan ngan sos cili, baru ngap, kompem korang suka...sodap weh! 



Kaktee pulak mkn buah tomato nak kena cecah ngan sos cili ker, mayonis ker, ato paling tidak cecah sambal. Hehee terbaek. Makan tomato ni patut diamal sejak dr awal lg ato ngan kata lain masa korang muda2 lglah. Galakkan anak2 khususnya pompuan mkn neh. InsyaAllah berbaloi bila dorang dewasa nanti.


mayo


sambal


Jikalau korang "still cannot go" jugak, amalkan yg ni. Ambil sepotong ato sehiris buah tomato segar yg ranum, sapukan kat muka. Tenyeh sampai ia hancur kat muka. Pandai2 korang la nak tenyeh camana, janji hancur dan sebati melekat kat muka. Biarkan sampai kering, jgn biar lama sgt kering kat muka, pastu cuci ngan air suam. Tp kaktee cuci ngan air biasa jer, sebab ada setengah org ckp air suam boleh mengeringkan kulit. Kaktee jenis kulit yg kering jadik...haa gitu la.


Selamat mencoba... pastu nyanyi la lagu coba faizal tahir... hehe.

Sekian. Daaa...!!!

Wednesday 26 September 2012

Hadiah GA Nasz Dah Sampai

Assalamualaikum kekawan semua...

Semalam hadiah GA Nasz - ole-ole dari thailand dah sampai. Mula2 tu ingatkan surat apatah yg bersampul kecoklatan, tp bila dibelek2 ternampak la nama tuan punya pengirim. Rupanya blogger nasz yg kirim. Selain tu hadiah ni jugak didatangkan bersama ngan sepucuk surat, ala2 rasmi gitu. 


 
 
 

Trima kasih daun keladi ya nasz. Makin bertambahlah koleksi keychain kaktee, tp yg satu ni nampaknya lebih istimewa dlm hati kite... ^_^



Sekian. Daaa...!!!

Saturday 22 September 2012

Trima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum kekawan semua...

Tataw canne nk mula erk. Mmm... inilah adalah yg pertama kali kaktee buat entri pasal nuffnang. Belum ni rasa takut2 sgt menebal sebab xtaw sgt kot tersalah citer plak nanti. Ketepikn lu semua rasa tu kan, kalau tak... sampai ke sudah pon tak menjadik.

Bg blogger yg br cam kaktee neh, rasa cukup teruja taw! Tak sampai setahun pon blogging, tup tup dpt BE dr Nuffnang. Eh betul ke akak sebut nih! Arigato ghozaimas nuff!


Sekian. Daaa...!!!