Nuffnang Ads

Follower

Tuesday 13 March 2012

Adakah Jantungku Sihat?

KHAS BUAT CIKGU IZA






Gaya hidup yg sihat akan memanjangkan lg hayat jantung kita.


Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat negara2 maju dan juga membangun spt malaysia. Hakikatnya bukan tidak boleh dielakkan. Cume, kita perlu menjaga jantung kita bermula dr sekarang. Bagaimana?


Pertama, mesti memulakan tabiat baik sejak kanak2 lg agar ia berterusan hingga dewasa. Ajarlah anak2 kita mengenal gaya hidup yang sihat.


1. Kawal berat badan






Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain spt paras lemak yg tinggi, darah tinggi, kencing manis dll. Jd kurangkn berat badan menjadi berat yg ideal.


Lebihan makanan ditukar kpd lemak yg berkumpul pula pd bahagian2 tertentu spt paha, perut dan paling tidak bagus jantung. Apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja2 jantung.











2. Pemakanan


jdkn piramid makanan sbg panduan
pemakanan yg seimbang



Bg yg ingin kurangkn berat badan, elak makanan yg kaya lemak (cth mentega, keju, myk sapi dan santan). Pesakit jantung dinasihatkn supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Elakkan makanan mengandungi kolestrol termasuk telur, mentega/marjerin, hati, otak(lembu) dsb.


Kalau dikira khasiat dan keperluan, kaktee ambil contoh telur. Mengikut kajian kesihatan seseorang patut makan telur hanya sebiji dlm tempoh seminggu. tetapi kita semua bukan sebiji sehari, malah ada yg sampai tiga empat biji sehari. Apa kes? Dah suke nk wat canne...tak gitew?






bg penggemar telur melampau, elok memilih
jenis2 telur spt di atas



Bataskn penggunaan minyak dlm penyediaan makanan. Dan kalau perlu ikut cam kawan kaktee cg iza, yg hanya menggunakan minyak sayuran dlm masakannya (itu pon tak selalu). Lagi elok kalau kekawan guna cara masakan kukus dan panggang.








Amalkan mengambil jenis sayuran berdaun, lobak, timun, semua jenis kubis dan juga buah2an segar. Kalau perlu elak drp mengambil sayuran dan buahan 'tajam' spt kacang panjang, terung, labu fungi dan nanas.








Seperkara lg cuba elakkan minuman beralkohol dan berkarbonat (bergas) yg menyulitkn usaha menurunkn berat badan dan mendatangkan bahaya kpd hati.


3. Berhenti merokok


Ikutilah nasihat doktor. Berhentilak merokok jika anda pernah terkena serangan jantung, atau keluarga anda ada masalah jantung. Ini kerana asap rokok juga meninggalkan kesan yg sama hebat sebagaimana si perokok. Sayangi dan lindungilah keluarga anda. KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK. Asap rokok boleh mendatangkan risiko berulangnya serangan sakit jantung.


4. Bersenam






Bersenam adalah cara terbaik utk mengawal berulangnya serangan jantung. Berjoging, berjalan dan mengayuh basikal adalah contoh senaman bg mereka yg ada mengalami serangan jantung. Sebarang senaman yg teratur dpt mengurangkn risiko mendapat penyakit jantung. Ia juga menjadikan tekanan darah diturunkan.


5. Perubahan gaya hidup


Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi (tekanan darah tinggi) dikaitkan dgn amalan atau gaya hidup seseorang. Contoh dr segi pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Ubahlah kepada cara hidup yang lebih sihat demi diri dan keluarga anda.








Entri ini akan bersambung lg di lain masa.


Sekian. Daaa...!!!



No comments: