Nuffnang Ads

Follower

Tuesday 29 July 2014

Satu Malam Di Malam Raya

Assalamualaikum semua...

Malam raya semalam kitorang pegi jalan2 lihat suasana mlm raya di kg. hajat hati nk pergi Wakaf Che Yeh. Mlm tu mmg full giler kat sana. Berejam kitorang tunggu tuk dptkn parking. Padahal waktu tu jam tlh menunjukkan pukul 2.30 pg.



Sepanjang perjalanan dr umah agak sunyi sehingga sampai ke kawasan Kubang Kerian. Suasana havoc Dgn bunyi mercun dan asap nya. Dah lah mlm tu kabus tebal. Jalan pun merayap jer sebab tak nampak jln. Jarak nampak hanya  5 meter shj.



Sepanjang jln menuju ke WCY sungguh meriah. Kami lalu ikut jln bandar Kota Bharu. Sebab nk lihat suasana nya. Ramai ank muda berlawan perang mercun. Dan kadang2 kami atas jln jd mangsa letupan. Seriau amat sehh!!!



Sesampai sana...org makin sesak seolah2 mlm masih muda. Masa kami keluar dr kawasan WCY tu jam menunjukkn 4.45 pg dah. Tetapi org yg dtg masih ramai. Mmg meriah sgt. Rasa taknak balik sj nk tgk gelagat mereka membeli belah kat sana.







OTW balik masih ada perang mercun, tp tak byk cam awal kami pergi td. Kami singgah minum di sebuah kedai. Mihun tomyam nya terbaek. (Tp lupa nk snap gbar sebb gelojoh lapar sgt). Sape kata masakan kat kg tak sedap? Masih terbaek woo...


Kitorang sampai umah jam 5.20 pg. pas solat subuh trus boommm....

Sekian. Daaa...!!!


Friday 25 July 2014

Ampaw Spesel

Assalam semua...

Semlm adalah hari bersejarah. Pertama kali sejak bekerja ni dapat ampau drp bos setempat.


 Terima kasih bos Norlaila

Alhamdulillah muga rezeki bos gpk ppki bertambah berkat dn melimpah ruah...

Daaa...!!!


Tragedi MH17

Assalam



Menjadi sejarah terluka bg rakyat Malaysia. Semua berduka atas peristiwa tersebut. 


Pesawat MAS di tembak jatuh di sempadan Ukrain pd 17 Julai 2014 yg lepas. Allahuakbar. 





Salam takziah buat keluarga mangsa nahas tersebut. Semoga mereka tabah menghadapi segala dugaan yg diberi kn Allah swt.





Wallahuaalamm...


Majlis Berbuka Puasa

Assalam semua...

Salam penghujung Ramadan

Hari senin lepas satu majlis berbuka puasa tlh diadakn di dewan skolah. Menu yg dihidangkn adalah berbentuk potluck. Guru2 di bhgi kn kpd kumpulan2 kecil bg menyediakn juadah berbuka.





Alhamdulillah semua berjln lancar. Hampir semua guru2 dtg bersama famili masing2. Kami semua mkn bersila di dewan kejora di atas bentangan tikar. Seronok! Terasa mcm majlis kat kg jer.




Ini antara hidangan pd hari tersebut...










...ini rezeki yg ku mkn aritu...

Mana2 lauk yg berlebihan guru2 tapau utk sahur. Alhamdulillah...

Sekian. Daaa...!!!


Tuesday 22 July 2014

Apa Ni?

Assalam

Bila fes taim tgk rupa dia...pertanyaan yg timbul di fikiran..."arang ke apa ni?" 


Masa beli tgk elok jer. Apsal bila sampai umah jd camni? Apa pendapat yg ada dlm benak korang? Huhuhu

Hampeh tol nyer tuan kedai. Tak nk pahala ker? Nk duit jer kot. Dgn kata kasar...tak nk masuk syurga la tu..!!!

Sekian. Daaa...!!!


Thursday 17 July 2014

Kiki Mohon Maaf Secara Terbuka

Assalamualaikum semua...

Penyebaran video pendek aksi seorang wanita mengamuk di khalayak selepas keretanya dilanggar oleh seorang lelaki warga emas, menyebabkan nombor plat kenderaan CDM25 menjd begitu popular dlm klas nya yg tersendiri.


Kiki... yg dikatakn nama pemilik kereta tersebut jg turut menjd bahan kutukan masyarakat Malaysia. Menurut Kiki semua acc media sosial nya telah diceroboh oleh org2 yg tidak bertanggungjwb. Selepas insiden itu Kiki telah menutup semua acc sosial nya kecuali Wechat.



Pg tadi Kiki wanita sensasi dlm video pendek tersebut telah memohon maaf secara terbuka melalui Radio Era. Kiki ditemukn dgn Mr Sim Siak Hong melalui pggilan telefon yg dibuat khusus bg menjernihkn keadaan oleh radio Era. Kiki mohon maaf kpd mr sim dlm nada yg sebak. 


Mr sim memaaf kn sume kslhn kiki dgn ikhlas. Dia jg mohon maaf atas tindakn polis terhdp kiki. Itu bkn kehendak dia. Mr sim siak hong seorang yg pemaaf.

Ini laporan yg sy ambil dari laman web yahoo.com 

Wanita mengamuk kepada warga emas mohon maaf, rayu video dibuang

The Malaysian Insider – 13 hours ago
Wanita yang terlibat dalam pertelingkahan dan menghina warga emas, Sim Siak Hong selepas keretanya terlibat dalam satu kemalangan di Pahang hari ini memohon maaf.
Dalam siri tulisan akaun laman peminat Facebook Kiki Kerja Kahwin di mana video itu mula tersebar, wanita tersebut merayu agar video tersebut dibuang.
"Tolong sampaikan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya. Itu bukan niat saya, itu adalah kesilapan saya dan kemarahan.
"Saya perlu disalahkan dalam insiden itu," kata wanita tersebut.
Beliau berkata menerima cadangan daripada orang ramai yang menyuruhnya mengeluarkan satu video untuk meminta maaf selepas insiden tersebut.
"Dalam keadaan semasa, saya tidak cukup kuat untuk membuat video. Keluarga saya, jiran dan kawan saya mempersoalkan tindakan tersebut. Pada masa depan saya akan rekod video," kata beliau.
Selain mengeluarkan gambar salinan pesanan ringkas daripada pegawai penyiasat dari Puchong yang mahu mendapatkan kenyataan daripada beliau, wanita tersebut juga berjanji akan bertemu dengan warga emas itu dengan secepat mungkin.
Beliau berkata akan menukar nombor plat kereta CDM25 tersebut selepas mula dikenali susulan insiden malang itu.
Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada 14 Julai lalu menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan bersemuka dengan lelaki tersebut.
Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial.
Wanita berkenaan juga turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.
Selain itu, cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “You very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. – 16 Julai, 2014.

Antara gambar yg dimanipulasi oleh org2 yg tidak bertanggungjwb.. Mcm2 kata2 perli yg di cipta dan di muat naik di laman sosial berkaitan Kiki dan CDM25.






Sekian. Daaa...!!!