Nuffnang Ads

Follower

Tuesday 8 July 2014

Rheumatoid Arthritis

Assalamualaikum semua...


Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan pembengkakan dan peradangan pd sendi tulang spt sendi jari, pergelangan tgn dan sendi kaki.

RA berlaku apabila antibodi pesakit diri menyerang badan nya sendiri, hingga merosakkan sendi dan organ yg lain spt paru2, kulit dan mata.


Ianya berlaku  ketidakseimbangan sistem pertahanan badan (antibodi) menyebabkan keradangan pd sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yg berlebihan dalam sendi . Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang.


Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. 


Serangan RA lazimnya melibatkn mereka yg berumur dlm lingkungan 30 hingga 50 tahun. Tetapi ia jg boleh terjadi kpd kalangan kanak2.

Kaum wanita mempunyai kekerapan 3 x ganda lebih berisiko utk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.


Tanda2 dan Gejala

# Sakit dan bengkak pd sendi di kedua2 belah kaki dan tangan
# Kekakuan sendi yg lebih ketara atau selepas lama berehat
# Berasa letih dan lesu
# Kekeringan mata dan mulut

Rawatan dan Pemulihan

# Rawatan *hot pack* (fisioterapi)
# Senaman utk menguatkn otot dan mempertingkatkan sendi
# Berenang amat digalalkan
# Rawatan akupunktur

Selain itu, gabungan halia dan minyak zaitun boleh disapu pd sendi bg melegakan kesakitan. Pengambilan supplement Habatus sauda boleh jg di amalkn. Namun seelok2 nya pergi lah berjumpa doktor.

Sekian. Daaa...!!!


No comments: