Nuffnang Ads

Follower

Monday 21 December 2015

Khasiat Yogurt

Assalam

Ermmm sebut saja yogurt dah meleleh liur dibuatnya. Sy sgt suka yogurt. Sekarang ni yogurt dtg dlm berbagai perisa. Perisa buah buahan yg lazat.


Hari ini sy nk kongsikan khasiat yogurt. Selain enak dimkn begitu sj, ianya boleh dijadikn masker utk wajah anda. Kalau sy la kan sambil mkn tu sy cuit je sikit letak kat muka..ia boleh menghalus dan melicinkan kulit tau...

 ....sgt beruntung sesiapa memiliki wajah yg halus dan mulus....

Antara khasiat yogurt ialah..

1. Menyihat kn gigi jika anda selalu memakannya. Ia boleh mengelakkan anda drp terkena perodontal. Periodontal adalah sejenis penyakit gusi yg parah yg boleh mengakibatkan gusi berdarah dan gigi longgar.


2. Boleh mencegah penyakit darah tinggi. Kandungan kalium dlm yogurt boleh membantu membuang lebihan sodium yg dikeluarkan oleh badan. Amalkan secara rutin memakan beberapa auns perhari dpt menjauhkn anda dr penyakit darah tinggi.

3. Mencegah osteoporosis drp menyerang anda terutama jika usia anda semakin meningkat. Amalkn selalu memkn yogurt yg berperisa ataupun yg asli. Sentiasa amalkn mencampurkn yogurt ke dlm masakan anda selain di mkn begitu shj.

4. Yogurt jg boleh menghilangkan bintik-bintik hitam yg timbul di wajah dan badan anda. Sapu yogurt asli ke wajah sambil membuat sedikit pijatan lembut, kemudian biarkan 20 minit sebelum di basuh dgn air biasa.


5. Selain itu yogurt jg boleh menghilangkan masalah pori-pori terbuka. Ambil sedikit yogurt dan sapu ke wajah. Buat sedikit urutan kecil secara membulat dan lembut pd wajah. Biarkan ia kering sebelum di cuci dengan air biasa atau air suam.


Sy jg selalu amalkan mkn yogurt asli ni tp sy mkn sikit2 je sebab rasa dia opkos la masam kan. Nanti tak pasal2 tekak pulak yg meragam. So pandai2 lah anda di luar sana memilih cara utk makan yogurt. Apa yg perlu anda ingat ianya sgt berkhasiat utk tubuh anda.

Daaa...!!!


Friday 18 December 2015

Dior My Fav

Assalam

DIOR adalah produk minyak wangi yg paling sy gemari..bermula dgn Dune dan Tendre Poison, kegilaan terhadap wangian nya makin menjadi2. Bukan nk tunjuk sy mampu..bukaannnn!!!

Korang nk taw sy kumpul duit setiap bulan utk dptkn apa yg sy hajati. Berbaloi kan dan kita patut berbangga dgn usaha kita sendiri utk dpt kan sesuatu yg menjadi idaman. So..apa salah nya kalau sy kongsi kan dgn uolls.



Kini Pure Poison jd milik sy. Bau dia? Ermm sy rasa ikut mood kot, sebab apa, mula2 sy bau dia mmg wangi dan sy sgt tertarik (tu yg grab tu). Kadang2 ada ketika bau dia menjadi sgt keras dan tajam sehingga membuatkan sy rasa tidak selesa. Pastu pulak ada kalanya aroma yg terbit semasa sy memakai nya amat menyenangkn hidung sy. Complicated kan! Ermm takpe lah. Biar sy review dulu tentangnya.

Botol Pure Poison ni amat cantik. Kombinasi kaler dia mmg kegemaran sy..merah keunguan yg jernih. Buat koleksi botol sgt elok bg pengumpul botol myk wangi.


Kandungan dia plak korang tgk n baca je la kat bawah ni yer..


Pape pon dlm usaha mewangikan badan tu..wangi2 kan lah jg kehidupan anda dgn zikrullah..auww terlebih pulax..

Daaa...!!!

Sunday 29 November 2015

Review J'adore

Salam

Lama sgt dah tak update blog ni.. Rasa malas makin menebal pulak. Taktaw nape.



Dior mmg terkenal di serata alam, dan ia mmg melekat jg kat hati aku ni ha. Aku mmg peng-gilerrr myk wangi aka perfume la kaaannnn 😊😊 tapiiiii duit ja xde..hahahhh... Klaw tak mmg aku dah bukak butik myk wangi dh..wakaka (angan2 aku tu taw)

j'Adore...mmg sah2 la kan salah satu produk wangian tersohor satu dunia. Tapi arini aku bkn nk review perfume dia taw. Aku cuma nk promo ttg losyen dia.. Beautifying Body Milk..ha giteww


Aku nk citer lebih2 tak berapa pandai sgt. Tapi dia punya texture sgt halus gebu gitu. Dan dah mmg2 la wangi kaaannnn. Wangian dia xde la sepekat n sekuat perfume dia tp mmg wangi la. Mula akak (sebut sengau) pakai tak rasa best pon..tp ehh2 makin lama makin best pulak dah. Tu yg buat review ni..hehe


Korang boleh cuba sendiri caner dia punya kehebatan tu..pasti puas hati. Harga pon mampu milik sesuai dgn kemasyhuran nya tu.


Slmt mencuba!!
Daaa..

Sunday 26 April 2015

Memutihkan Ketiak

Assalamualaikum 

Pada sesetengah orang tanda hitam bawah ketiak tidak mendatangkan masalah. Ini mungkin kerana faktur pemakaian yg menyelamatkannya drp terlihat kepada umum.

Namun begitu ada jg yg masih merasa tidak selesa dgn keadaan tersebut. Di bawah ini terdapat cara2 untuk menghilangkan tanda2 hitam underarm. Selamat berusaha...


Daaa...!!!


Khasiat Dari Dapur Anda

Assalamualaikum 

Tahukah anda bahawa dapur anda menyimpan pelbagai jenis bahan perubatan dan kecantikan. 

Anda bermasalah lingkaran gelap bawah mata? Sila ke dapur anda dan dapatkan bahan2 untuk menghilang kan nya. Selamat mencuba. Moga berjaya...


Sekian.daaa...!!!


Nafas Berbau

Assalamualaikum 

Memang satu masalah besar! Kan?

Tahukah anda, nafas berbau boleh membuat kan anda kehilangan. Kemungkinan besar anda akan hilang kawan, hilang keyakinan diri, rasa rendah diri dan akan alami berbagai2 perasaan lagi jika tidak di kawal dr sekarang.

Jgn biarkan nafas anda terus berbau. Anda ada berbagai cara untuk mengurangkan bau nafas. Selain menjaga kebersihan mulut, faktur pemakanan jg salah satu penyebab yg mengundang punca bau mulut.

Jaga lah pemakanan anda setiap hari. Bagi anda yg mengalami bau mulut atau bau nafas...cuba elak kan diri drp makan makanan yg berbau..contohnya cincaluk, sambal belacan, budu, jeruk dan seumpamanya.

Untuk menghilangkan bau mulut anda boleh mencuba beberapa jenis bahan yg di nyatakan spt dlm gambar di bawah. Amalkan lah selalu...in shaa Allah berhasil.



Selamat mencuba...

Daaa...!!!


Wednesday 22 April 2015

Rahsia Ais Batu

Assalamualaikum 

Siapa yg tak suka ais. Lebih2 lg ketika musim panas. Sifat yg menyejuk dan menyegarkan menarik selera semua orang kecil besar tua mahupun muda.

Ada beberapa khasiat atau kegunaan ais ketul ini dlm bidang kecantikan dan kesihatan diri...



1. Ubat jerawat 
     Gosok perlahan ais ketul pada kawasan yg berjerawat. Ais yg dingin akan menenangkan kulit sekitar jerawat dan ia membantu mengempiskan jerawat.


2. Parut jerawat
     Akan memudarkan bekas2 jerawat jika diamalkan selalu. Anda hanya perlu menggosok ke wajah selama 15 minit. Beaks jerawat akan memudar dan wajah akan segar.

3. Mengecilkan pori2
     Oleskan ais batu pada wajah secara rutin. Amal kan selalu.

4. Mencerahkan kulit
     Ais jg mampu mencerahkan kulit wajah. Caranya cuma dgn mem blend timun atau strawberi dan bekukan. Kemudian oleskan pada wajah seminggu sekali. Ia boleh menjadi SCRUB yg berkhasiat mencerahkan kulit.




5. Pelbagai guna
     Selain itu ais ketul boleh melembabkan bibir, menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan mengoleskannya shj. Boleh mengatasi ruam2 pd wajah selepas terkena matahari.
     Ais jg boleh menjadikan mekap tahan lebih lama. Sebelum anda mengenakan mekap...cuci wajah bersih2 dan oleskan wajah dengan ketulan ais. Kemudiam lap hingga kering sebelum anda memulakan solekan di wajah.

Sekian. Daaa...!!!


Monday 20 April 2015

Apa Itu Mucus?

Assalam

Saya pon tak tahu apa fungsi mucus bg badan manusia. Di sini sy bg sedikit info tentang mucus.

Dalam vertebrata, mukus (myoo-kuss) (bentuk kata sifat: "lendir") adalah rembesan licin dihasilkan oleh, dan meliputi, membran mukus. Cecair mukus biasanya dihasilkan daripada sel yang terdapat dalam kelenjar mukus. Sel-sel merembeskan mukus produk yang kaya dengan glycoproteins dan air.

Di sini sy nak kongsi kan sesuatu yg boleh anda jd kan panduan dlm pemakanan terutama bahan2 yg boleh menghasilkan mucus. 


Di samping itu juga sy nk kongsikan jg bahan makanan yg boleh menghapuskan mucus. Dengan itu anda boleh mengawal pemakanan anda terutama berkaitan dgn  mucus ini. 


Sekian. Daaa..!!!


Saturday 18 April 2015

Di Sini Kasih Tertumpah

Assalam..

Masa balik kg aritu..pergi pekan kejap ronda2. Teringat masa kecik selalu kayuh basikal beli kuih kegemaran kat pasar. Kacang merah kelapa paling yg aku gemar..hari2 mkn pon tak de istilah jemu sampai lah skang.

Suasana masih mcm dulu jgk..cuba byk kedai yg tak bukak pd hari tu..mungkin hari jumaat kot. Tapi masih tetap meriah mcm dulu jgk.



 
 

Pastu  singgah kat skolah lama ku..sekolah rendah masa kecil ku. Sgt best ber sekolah kat sini..sebabbbbb sume nyer pompuan termasuk lah guru2 nya sume pompuan jgk 😃😃😃



Semuanya cukup indah bila mengenangkannya. Korang pon mesti ada nostalgia camni jgk kan. Tunjukkan lah..

Sekian. Daaa...!!!


Sunday 15 March 2015

Dune

Assalam 

Dah lama nk buat review tentang minyak wangi kegemaran sy ni. Masuk yg baru ni dah botol yg ke enam sy guna nya. Penggemar tegar Dune la katakan. Hehehh... Lupa plak nk snap botol2 wangian yg dah habis tu. Tak pe lain kali sy tunjukkan.

Bg sy tanpa wangian ni tak sah kalau nak keluar rumah. Sayang nya ia tak ada botol kecil utk dibawa dalam handbag. Kalau tidak bertambah yakin dan hepi la saya setiap hari bila keluar bekerja atau ke mana2 sahaja.

Ermm baiklah, sekarang sy review kan wangian kegilaan sy ni utk tatapan anda. Mana tahu kan...tetiba anda jg berminat n bakal menjadi kesukaan anda selepas ini.


DUNE Eau De Toilette by Christian Dior
Paris

• diklasifikasikan sebagai aroma yang tajam dan bunga
• mengandungi wallflower dan amber
• membangkitkan kesegaran si penjual bunga yang bercampur dengan nada rosary
• sangat memancarkan aura kehangatan dan keharmonian 

Bagi sy Dune ini amat serasi dan sesuai dgn sy. Bauan nya tahan 11 jam. Bila sy pulang bauan itu masih melekat di badan. Pada baju sy ia tahan berhari2 selagi ia tidak di cuci.

Selamat mencuba bauan Dune yg hebat ini.

Yang di bawah ni wangian yg sy beli, botol ke enam. Kali ni sy beli di Kota Bharu, KB Mall Kota Bharu. Kali ni sy dpt free gift berupa sample wangian Miss Dior n Dior Addict. 



...kaunter CD di KB Mall...



...free gift...


Daaa...!!!


Cream Puff

Assalam

Last day sekolah seblom cuti aritu, ada orang bawa cream puff. Cream puff yg ni istimewa sikit. Pertama kali rasa. Sedap sgt. Berbaloi sangat2 walaupun mahal sedikit berbanding dgn cream puff yg biasa.

Cream puff coklat. Memang sedap. First time rasa terus jatuh cinta. Harga nya 50 sen satu. Tapi bila kita makan tu kita tak akan terasa bahawa yg ia agak mahal dr cream puff yg lain2 tu.


Inti coklat nya yg agak2 cair sedikit memang cukup mabeless. Tambah pulak sy ni penggemar coklat, memang ngam la ngan cream puff coklat ni.


Ia dtg dlm mangkuk kertas. Nampak elok dan cantik. Sesuai utk di jadikan hidangan majlis2 rasmi mahupun tak rasmi.

Daaa...!!!

Saturday 28 February 2015

Update 15

Assalam

MasyaAllah! Tahun 2015 ni aku tak update blog sekali pon lg. Skang dah bulan dua dah. Huhuhu.. caner boleh lupa nih!

Ermmmmm...tak pe lah, aku nk update hari ni lah, sempena my besday gitu. Hepi Besday To Me! 👑👑👑 hihihi..

Sempena my besday ni aku nk wish...semoga aku sentiasa sihat, bertambah beriman dan bertaqwa kpd Allah swt. Ameeeennnnnn!!!



Sekian. Daaa...!!!