Nuffnang Ads

Follower

Sunday 15 March 2015

Dune

Assalam 

Dah lama nk buat review tentang minyak wangi kegemaran sy ni. Masuk yg baru ni dah botol yg ke enam sy guna nya. Penggemar tegar Dune la katakan. Hehehh... Lupa plak nk snap botol2 wangian yg dah habis tu. Tak pe lain kali sy tunjukkan.

Bg sy tanpa wangian ni tak sah kalau nak keluar rumah. Sayang nya ia tak ada botol kecil utk dibawa dalam handbag. Kalau tidak bertambah yakin dan hepi la saya setiap hari bila keluar bekerja atau ke mana2 sahaja.

Ermm baiklah, sekarang sy review kan wangian kegilaan sy ni utk tatapan anda. Mana tahu kan...tetiba anda jg berminat n bakal menjadi kesukaan anda selepas ini.


DUNE Eau De Toilette by Christian Dior
Paris

• diklasifikasikan sebagai aroma yang tajam dan bunga
• mengandungi wallflower dan amber
• membangkitkan kesegaran si penjual bunga yang bercampur dengan nada rosary
• sangat memancarkan aura kehangatan dan keharmonian 

Bagi sy Dune ini amat serasi dan sesuai dgn sy. Bauan nya tahan 11 jam. Bila sy pulang bauan itu masih melekat di badan. Pada baju sy ia tahan berhari2 selagi ia tidak di cuci.

Selamat mencuba bauan Dune yg hebat ini.

Yang di bawah ni wangian yg sy beli, botol ke enam. Kali ni sy beli di Kota Bharu, KB Mall Kota Bharu. Kali ni sy dpt free gift berupa sample wangian Miss Dior n Dior Addict. 



...kaunter CD di KB Mall...



...free gift...


Daaa...!!!


Cream Puff

Assalam

Last day sekolah seblom cuti aritu, ada orang bawa cream puff. Cream puff yg ni istimewa sikit. Pertama kali rasa. Sedap sgt. Berbaloi sangat2 walaupun mahal sedikit berbanding dgn cream puff yg biasa.

Cream puff coklat. Memang sedap. First time rasa terus jatuh cinta. Harga nya 50 sen satu. Tapi bila kita makan tu kita tak akan terasa bahawa yg ia agak mahal dr cream puff yg lain2 tu.


Inti coklat nya yg agak2 cair sedikit memang cukup mabeless. Tambah pulak sy ni penggemar coklat, memang ngam la ngan cream puff coklat ni.


Ia dtg dlm mangkuk kertas. Nampak elok dan cantik. Sesuai utk di jadikan hidangan majlis2 rasmi mahupun tak rasmi.

Daaa...!!!