Nuffnang Ads

Follower

Saturday, 8 December 2012

Talasemia Atau Anemia?


Assalamualaikum kekawan semua...





Terbaca satu artikel berkaitan dgn satu penyakit iaitu talasemia, terbayang pulak kata2 kaklean yg dia berkemungkinan mengalami talasemia. Hish takkanlah! Katanya lg yg HA(hospital assistant) kat pusat kesihatan tempat dia belajar yg cadangkan supaya dia pi check kat hospital besar, sebab dia selalu pening2, hampir pitam dan tekanan darah sentiasa rendah. Kata HA tu lg, hemoglobin(Hb)nya pon sgt rendah. Ish... risau jugak. Tp dia masih tak pergi klinik ato hospital lg, sibuk katanya. Kaktee rasa tak kot, taklah seteruk tu sampai menghidap talasemia, kalau anemia tu berkemungkinan besar la.

Talasemia

Sebab apa, talasemia ni adalah penyakit keturunan, yg diwarisi drp ibu bapa sbg pembawa. Dgn kata lain penyakit talasemia ni adalah penyakit keturunan yg menghalang badan drp menghasilkan jumlah darah mencukupi dan berkualiti yg diwarisi melalui gen ibu atau bapa. Kebiasaannya penghidap talasemia ni, dpt dikesan seawal usia kanak2 tersebut enam hingga 18 bulan lg. Lgpon tanda2 penghidap nih, kanak2 akan kelihatan letih serta gelisah, kulit menjadi kekuningan, kembung perut akibat pembengkakkan hati dan limpa serta kurang selera makan. Yg kaktee pasti sume tu takder pd kaklean. Nauzubillah...




Dan yg paling teruk lg pembentukan tulang muka akan berubah dan kekurangan darah yg teruk, yg boleh mengakibatkan kesesakan nafas dan kegagalan fungsi jantung. Sel darah merah penghidap talasemia ni terutama talasemia major hanya boleh hidup dlm beberapa hari ke minggu sahaja berbanding sel darah merah normal yg mampu hidup hingga empat bulan.



pesakit talasemia


Anemia

Sejenis penyakit kurang darah di dlm sistem badan, yg sering dialami oleh kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Ianya dilihat sbg penyakit yg ringan dlm masyarakat. Pd hakikatnya penyakit ini boleh menyebabkan penghidapnya sentiasa dlm keadaan kurang stabil, kerana metabolismenya tidak sampai ke thp yg normal disebabkan oleh circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.




Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih byk berbanding dgn lelaki, sedangkan keperluannya dlm sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan 1 - 2 miligram(mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh meningkat sehingga ke 3 mg.

Umumnya apabila seseorg menghidap anemia, hemoglobin(Hb) di dlm sel darah merah akan berkurangan. Ini bermaksud seseorg memiliki paras Hb kurang drp 11g. Hb adalah pembawa oksigen dan zat makanan ke seluruh anggota badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yg mengcukupi utk berfungsi dgn optimum.





Simptom Anemia

Jikalau ini berlaku, maka ianya perlu dipandang serius kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yg menghidapinya. Anemia akan menyebab seseorg mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk. Bg remaja perempuan yg masih belajar akan mengalami kurang daya tumpuan dlm pelajaran.





Selain itu, seseorg penghidap juga akan mengalami pening2, pitam dan lemah otot. Namun begitu, setiap penghidap akan mengalami simptom yg tidak akan sama dgn penghidap yg lain kerana ianya berdasarkan jenis anemia yg dialami. Bgmanapon anemia boleh dikesan apabila ada tanda2 seperti pucat terutama pd bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar2, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus, serta kerap pening atau pitam.

Faktor

Faktor lain yg boleh menjadi penyebab wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan seseorg. Kadang2 seseorg wanita mengawal pemakanannya secara tidak seimbang, kerana faktor kegemukan. Dgn kata lain takut gemuk. Kekurangan pengambilan zat besi dari makanan seperti daging, makanan laut atau makanan2 lain yg byk mengandungi kolestrol (cth kolestrol baik).

Rawatan dan Pencegahan

Anemia ini boleh dicegah melalui pengambilan makanan yg mengandungi byk atau tinggi kandungan zat besi. Contohnya hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah2 kering seperti kismis, zaitun dsbnya. Zat besi yg sederhana boleh didapati drp daging, ikan, bijirin dan sayuran hijau spt pegaga, pucuk paku, bayam dan kailan.





Sumber zat besi drp haiwan lebih mudah diserap dgn baik oleh badan berbanding dgn zat besi yg bersumberkan tumbuh-tumbuhan. Seelok-eloknya seseorg itu perlu makan sekurang2nya satu jenis makanan dr sumber haiwan yg kaya dgn zat besi setiap hari.

Pengambilan vitamin C adalah amat diperlukan kerana ianya membantu penyerapan zat besi di dlm badan. Minumlah sekurang2nya dua gelas jus sehari, makan buah2an dan juga sayur2an. Elakkan meminum minuman yg berkarbonat, bercoklat, teh, kopi yg mana ianya boleh menghalang penyerapan zat besi di dlm tubuh.





Selain tu, utk merawat dan melegakan anemia ini, anda boleh... 

  • Tingkatkan pengambilan iron supplements spt asid folik dan vitamin B12 jika anda vegetarian dan ibu mengandung. 
  • Makanlah makanan yg kaya zat besi spt cereals, roti, dan pasta (selain disebut di atas).
  • Dapatkan rehat dan tidur yg cukup setiap hari.
  • Jauhi minuman berkafein seperti teh atau kopi dan minuman bergas.
  • Makan byk buah2an dan juga sayur2an yg mengandungi vitamin C spt jus oren.


Untuk tidak menghampakan sesiapa sahaja yg membaca entri ni, kat sini kaktee sertakan carian berkaitan dgn penyakit anemia dan talasemia. Byk lg maklumat2 yg kekawan boleh dapati berkaitan penyakit ini dgn meng-google.

p/s: semua sumber dr google

Sekian. Daaa...!!!


Perihal Antibodi


Assalamualaikum kekawan semua...





Terpanggil utk buat satu entri ringkas berkaitan dgn kekurangan antibodi. Kekurangan antibodi di dlm tubuh badan seseorang. Pg td terbaca satu artikel berkaitan ini di dlm HarianMetro, edisi jumaat 7 dis 2012. Sedih jugak baca kisah berkaitan seorang anak yg mengalami kekurangan antibodi yg telah memberi kesan sebegitu rupa ke atas dirinya (adik muhammad adam~3 thn). Tempurung lutut dan urat pahanya terpaksa dibuang kerana mereput akibat jangkitan kuman.




Lalu kaktee google utk cari sedikit maklumat tentang antibodi ini. Antibodi adalah sistem pertahanan badan, yg mana ianya terbentuk secara perlahan2 selaras dgn peningkatan usia seseorang. Merupakan cara semulajadi badan melawan kemasukan bakteria, virus, fungi dan parasit yg boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.





Antibodi ini terbentuk drp protin darah yg dihasilkan dlm limfoid sbg tindakbalas terhadap kehadiran antigen (bhn asing) tertentu. Ia akan sentiasa bergerak dlm plasma darah utk menyerang antigen, yg sekaligus menjadikannya tidak berbahaya kpd badan. Seseorg akan mengalami masalah kesihatan apabila sistem pertahanan badan (antibodi), yg juga disebut imun tidak dpt melawan dan menghapuskan organisma asing yg masuk ke dlm badan.



Kekawan boleh klik disini utk mengetahui info berkaitan tajuk atau kesihatan tubuh badan. Kaktee juga ingin mewarwarkan kpd kekawan, bahawa jika anak2 kerap mengalami demam, pening2 kepala, mual2, sakit perut dan muka pucat adalah merupakan tanda2 awal yg anak2 tersebut berkemungkinan besar mengalami kekurangan antibodi. Ini telah berlaku kpd anak kaktee sendiri (kakak). Bayangkan dlm seminggu hanya dpt ke sekolah dlm dua atau tiga hari shj. 


alhamdulillah kakak dah sihat skarang...


Jumpa doktor, makan ubat baik sekejap. Kemudian berulang lg sehingga hampir setahun. Kali kelima jumpa doktor, barulah doktor berterus terang bahawa anak kaktee kekurangan antibodi dan jugak kekurangan darah. Kakak ni kejap2 demam, kejap2 pening, sakit perut dan mcm2 lglah. Kesian dia nak belajar pon tak senang.

Doktor wee cadangkan kaktee beri supplement utk kuatkan antibodinya tu. Beliau cadangkan beri minyak ikan kod dan ubat tambah darah sangobion. Tp lepas dominggu mkn sangobion dia mula rasa mual2 ngan ubat tu, pastu kaktee tukar ngan ubat obimin sampai skarang. Kalau la dia tau yg ubat tu jugak utk org mengandung, agak2nya nak tak dia makan...kihkihkih. Lepas makan sebulan lebih, semua penyakit yg dia hidap tu dah takder sampai la skarang. Alhamdulillah...syukurrr. Akan tetapi leni bila dah sihat, dia mula culas makan ubat2 tu. Nak kena ingatkan selalu, kalau tidak asyik lupa ajer. Ish ish ish...







Selain tu ada kawan2 yg bg nasihat supaya beri mkn epal hijau. Kata mereka epal hijau ni boleh menguatkan antibodi. Boleh dimakan gitu ajer atopon dibuat jus. Apelg... terus beli dan beri kakak mkn byk2. Sebbaek dia suka, kalau tak tataw la canne. Memang betul2 berkesan. Tak lupa jugak doa seorang ibu taw, amat penting dan penuh keberkatan...ecewah. Kalau kekawan ada info tentang cara lain bg menguatkan antibodi neh, boleh ler info ke sini ya.




Sekian. Daaa...!!!