Nuffnang Ads

Follower

Saturday 7 April 2018

Keajaiban Buah Sunnah

Assalaam

Pada post yang terdahulu, telah dibincangkan tentang khasiat buah Sunnah ini iaitu buah delima. Di kesempatan ini pula saya akan bincangkan tentang khasiat buah ini dari sudut kecantikan.

Pembaikan sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong pembentukan semula tisu2 badan, penyembuhan luka2 dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.





Sebagai Pelindung Cahaya Matahari

Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit yang disebabkan terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Minyak dalam biji buah delima mempunyai anti oksida yang berupaya membantutkan pembentukan tumor dan barah 





So, anda perlu makan dengan biji2 nya sekali, sama ada makan begitu sahaja atau pun boleh di blend sampai hancur bersama biji delima tersebut. Untuk lebih memudahkan lagi, anda boleh beli jus yang telah tersedia dijual di kedai2. Saya makan kedua-dua sekali. Pagi sebelum sarapan saya minum segelas bancuhan jus yang saya beli di kedai jamu. Manakala selepas pulang dari kerja saya ambil delima fresh sebagai kudapan. Alhamdulillah.... kulit saya tidak cepat sunburn sejak saya amalkan ini 2 bulan lepas.



Melambatkan Proses Penuaan

Pemakanan buah delima ini boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik2 penuaan, bintik2 hitam, garis halus muka dan wrinkles. Nutrisi dalam buah delima boleh melembutkan kulit dan wajah. Dan pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit. Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

Merawat Jerawat

Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat. Caranya ialah dengan :  Sapukan perahan buah delima (ambil 3 atau 4 ulas) pada permukaan kulit yang terjejas. Ia boleh mengurangkan pembentukan sebum dan mengawal pertumbuhan jerawat. Tambahan lagi, buah ini boleh mengurangkan kesan parut akibat jerawat.







Di harap post ini dapat memberi jalan baru kepada anda the bermasalah di luar sana. Ini memang terbukti menjadi. Tidak salah ialah anda mencuba sendiri dan lihat hasilnya. Lagi pun kos nya tidak mahal. Jus siap saya beli dengan barah RM16 sahaja. Buah fresh pula RM10 utk 2 biji. Murah dan mampu milik. Gitewww...



Selamat mencuba...

Sekian. Daaa...