Nuffnang Ads

Follower

Friday 20 March 2020

Immortelle Reset Immortelle Divine

Aasalam semua...

Sementara lockdown period yang di umumkan oleh PM kita, ai nak post satu artikel berkaitan dengan produk skin care L'Occitane. Saja ja nak kongsi kebaikan satu serum ni. Ini bukan paid review ya. Lammmbbeeeettt lagi. Rasa cam semua dah tahu tu kan?


L'Occitane Immortelle Reset Overnight Reset Oil-In-Serum. Ai nak kongsi apa yang baharu dalam my skin care routine. Ehhh2 macam la ai ni retis haha padahal no body. Macam ni, mula2 ai tgk ofkos la dalam iklan, lepas tu ai beli produk ni dalam Shopee. Ai beli sepasang dengan Immortelle Divine Youth Oil. Ai pakai botol 4ml tu belum pon habis lg, dah dapat rasa perbezaannya keajaibannya (dengan izin Allah swt). Lepas tuuuu... ai repeat order laaa. Nanti rasailah sendiri ya!



Immortelle reset ni pakai hanya 2 drop je di sapu ke seluruh muka. Andai kata ada parts yang anda nak lebih perhatian spt bawah mata or dahi ke, boleh tambah satu drop lg and sapu kat tempat2 tadi. Ai pakai malam ja, sebab nak jimat. hihi...

Cara Pakai

Bersihkan wajah dengan cleanser dan toner. Kemudian pakai immortelle reset. Selepas itu pakai immortelle divine youth oil. And then pakai moisturizer yang biasa anda pakai. Siap. Tidur. Jangan lupa baca doa tidur... hehehe...


Perbandingan Pembelian

Ai dah beli secara online dan juga sudah beli kat L'Occitane store. Ai dengan senang hati nasihatkan anda yang nak beli supaya membelilah di online shopping. Harga immortelle reset kat store RM269.00 untuk 30 ml, berbanding kat online yang lebih murah.


Immortelle divine youth oil ai beli dengan harga RM138.00 untuk 2 botol 4ml. Online more better la. Tetapi! Pandai2 lah memilih kedai semasa membeli secara online kerana mereka ada caj penghantaran. Selamat membeli.



Harap artikel ini dapat memberi sedikit maklumat berguna untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian.

Daaa...!!!