Nuffnang Ads

Follower

Saturday 7 April 2018

Keajaiban Buah Sunnah

Assalaam

Pada post yang terdahulu, telah dibincangkan tentang khasiat buah Sunnah ini iaitu buah delima. Di kesempatan ini pula saya akan bincangkan tentang khasiat buah ini dari sudut kecantikan.

Pembaikan sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong pembentukan semula tisu2 badan, penyembuhan luka2 dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.





Sebagai Pelindung Cahaya Matahari

Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit yang disebabkan terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Minyak dalam biji buah delima mempunyai anti oksida yang berupaya membantutkan pembentukan tumor dan barah 





So, anda perlu makan dengan biji2 nya sekali, sama ada makan begitu sahaja atau pun boleh di blend sampai hancur bersama biji delima tersebut. Untuk lebih memudahkan lagi, anda boleh beli jus yang telah tersedia dijual di kedai2. Saya makan kedua-dua sekali. Pagi sebelum sarapan saya minum segelas bancuhan jus yang saya beli di kedai jamu. Manakala selepas pulang dari kerja saya ambil delima fresh sebagai kudapan. Alhamdulillah.... kulit saya tidak cepat sunburn sejak saya amalkan ini 2 bulan lepas.



Melambatkan Proses Penuaan

Pemakanan buah delima ini boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik2 penuaan, bintik2 hitam, garis halus muka dan wrinkles. Nutrisi dalam buah delima boleh melembutkan kulit dan wajah. Dan pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit. Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

Merawat Jerawat

Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat. Caranya ialah dengan :  Sapukan perahan buah delima (ambil 3 atau 4 ulas) pada permukaan kulit yang terjejas. Ia boleh mengurangkan pembentukan sebum dan mengawal pertumbuhan jerawat. Tambahan lagi, buah ini boleh mengurangkan kesan parut akibat jerawat.







Di harap post ini dapat memberi jalan baru kepada anda the bermasalah di luar sana. Ini memang terbukti menjadi. Tidak salah ialah anda mencuba sendiri dan lihat hasilnya. Lagi pun kos nya tidak mahal. Jus siap saya beli dengan barah RM16 sahaja. Buah fresh pula RM10 utk 2 biji. Murah dan mampu milik. Gitewww...



Selamat mencuba...

Sekian. Daaa...

Sunday 25 February 2018

Khasiat Delima

Assalam semua

Hari ni me nk kongsi tentang khasiat buah delima. Antara buah sunnah yg cukup berkhasiat, dari segi kesihatan mahu pun kecantikan.

Buah delima ini mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik serta gallic acids. Selain itu ia juga mengandungi flavanoids seperti quercetin, yg mana boleh melindungi anda daripada diabetis, sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yg lain.




Melawan Kanser

Buah delima ini mengandungi anti oksida yg sangat efektif melawan beberapa jenis kanser seperti kanser payu dara, kanser prostat dan kanser kulit. (Keberkesanan secara langsung sy x bincang di sini kerana tiada data secara saintifik). Tetapi kita boleh mencuba kerana Allah SWT itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyembuh... Insya-Allah.

Bahan anti oksida ini akan menyebabkan pembentukan sel darah merah bagi menyahtoksin badan dan membentuk sistem daya tahan badan yang lebih baik.

Buah delima ini juga boleh memberi opoptosis. Opoptosis adalah satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. 

Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut pembentukan sel kanser dalam kanser prostat. Selain itu ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yg memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kanser payu dara.

Cara Pengambilan

1 sudu teh perahan/jus buah delima
1 sudu teh madu
Campurkan ke dalam gelas dan minum



Atau pun anda boleh ambil jus delima ini darpada jenis yang tersedia. Maksud nya boleh di beli di pasaran dalam botol.


           Ini boleh di minum terus satu sudu 
           kerana dia dalam bentuk jus manis.

Delima redimed boleh di dapati di kedai2 jamu atau kedai2 yang menjual supplement. Yang di dalam gambar di atas kandungannya hanya pati delima. Anda boleh mencampurkannya dengan sesudu madu ke dalam nya (sesudu madu + sesudu pati delima + segelas air)

Peringatan

Anda perlu minum banyak air. Ini sangat penting bagi digest badan.

Khasiat Lain

Selain seperti yang di nyatakan di atas, jus buah delima juga mampu merawat kolesterol dalam badan. Ia juga boleh melambatkan proses penyakit Alzheimer. Malah banyak lagi khasiat lain terutama dalam merawat kecantikan yang akan di bincang pada post yang akan datang.

Sekian. Daaa...