Nuffnang Ads

Follower

Thursday 21 October 2021

Buat Apa Yang Kita Cintai

Assalamualaikum semua...

Emmm lama dah tak update blog. Musim sekarang kan memerlukan komitmen masa untuk norma baharu. Zaman covid19. Sekali imbas memang menakutkan. Tapi apakan daya kita sebagai hamba NYA perlu reda dengan pemberian Allah swt. Semua ini datang daripada DIA Yang Maha Esa. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini.

Untuk merelaxkan minda dan jiwa kita, kita perlu melakukan perkara2 yang boleh memberi kegembiraan dan kebahagiaan kpd kita, selain rutin harian kita. Betul tak? Bagi ai, ai suka drawing. Hodoh2 pun takpe. 

Lukislah apa sahaja sebagai permulaan. Conteng2 lah semau kamu, in sha Allah ia akan membantu anda release tekanan. Bagi ai bonus la sebab ai memang suka melukis, terutama lukis gambar orang. 
Mula2 draw je buruk pun okey. Lepas tu boleh edit. Nak tambah warna pun boleh. Tak perlu siap segera. Take ur time. Di sini ai tunjuk yang ai lukis. Mula2 hingga lah ai puas hati. Guna pensel je.


Okey sekian dulu utk kali ini. Ai akan update lagi pasal melukis ni. Minat dan bakat melukis ini memang boleh dipupuk dan diasah.

Sekian... Daaa...


Monday 15 February 2021

Dulu-dulu

 Assalamualaikum...


Ai nak tanya, sape penggemar peanut butter atau mentega kacang? Cepat angkat tangan. hehehe... Saje je nak berbasa-basi sebab takde cerita menarik. huhuhuuu...


Ratah mentega kacang memang menjadi kegemaran ai tau. Dari zaman sekolah hingga lah sekarang. Kalau dulu zaman sekolah curi2 ratah kat belakang rumah. Tapi sekarang bila kita dah ada duit sendiri benda2 cenggini enteng je kan. Cuma hitu lah... ada juga masalahnya... G E M U K K K K.... ting ting ting!




Tapi beb memang serious sedappppppp. Cuma nya takleh makan atau ratah2 selalu lah. Kalau ikutkan hati sebotol tu sekali hadap je. Sape2 yang gemar tu memeng tau lah betapa nikmatnya  r a t a h  m e n t e g a  k a c a n g g g g....

                                                    


Sekian... Daaa...



Mid Valley

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Barru 2021 dan....

Selamat Tahun Baru Cina...

Lamanya tak update blog ni. Sayang ngan dia ni tp tak berapa nak ada masa yg lebih utk mengadap blog.

Okey lah, kali ni nk mulakan cerita tahun baru ni (walaupun dah tak berapa nak baru dah) dengan cerita Mid Valley. Rupanya kat sini macam satu dunia kecil yg lengkap. Semua ada. Kalau barangan2 tu... dari yg local hingga lah ke yang import semua. Produk yg mahal2 tu...pun ada di sini. Especially di Garden Mall.




Ai share gambar2 yang last ai pegi sana masa Chrritmas hari tu. Cuma gambar selfie jelah. Lupa nak ambik gambar tempat2 kat situ. Seronok sangat so selfie aje.


Kalau kita orang yg jauh2 ni, boleh menginap di Hotel Cititel lah. Hotel ni hotel yg harga nya mampu diinap oleh semua golongan. Kalau yang mahal seperti Hotel The Garden pon ada. Dua2 ni ai dah inap.



Ini tempat yg kecil tapi ada mall2 yg sangat besar...bg ai la. Dalam satu masa kita tak sempat pun nak jelajah satu mall. Sakit kaki ai walaupun pakai flat. Pakai heels tak usah nak cerita lg lah. Kirim salam jelah you.



Selain mall, terdapat banyak premis2 yang gah dan masyhur. Dari premis2 makanan hinggalah ke premis2 kecantikan. Kalau sememangnya anda berduit, maka ini lah tempatnya yang anda harus kunjungi untuk membeli-belah dan merawat kecantikan diri anda.


                                                 

Sekian. Daa....