Nuffnang Ads

Follower

Thursday 21 October 2021

Buat Apa Yang Kita Cintai

Assalamualaikum semua...

Emmm lama dah tak update blog. Musim sekarang kan memerlukan komitmen masa untuk norma baharu. Zaman covid19. Sekali imbas memang menakutkan. Tapi apakan daya kita sebagai hamba NYA perlu reda dengan pemberian Allah swt. Semua ini datang daripada DIA Yang Maha Esa. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini.

Untuk merelaxkan minda dan jiwa kita, kita perlu melakukan perkara2 yang boleh memberi kegembiraan dan kebahagiaan kpd kita, selain rutin harian kita. Betul tak? Bagi ai, ai suka drawing. Hodoh2 pun takpe. 

Lukislah apa sahaja sebagai permulaan. Conteng2 lah semau kamu, in sha Allah ia akan membantu anda release tekanan. Bagi ai bonus la sebab ai memang suka melukis, terutama lukis gambar orang. 
Mula2 draw je buruk pun okey. Lepas tu boleh edit. Nak tambah warna pun boleh. Tak perlu siap segera. Take ur time. Di sini ai tunjuk yang ai lukis. Mula2 hingga lah ai puas hati. Guna pensel je.


Okey sekian dulu utk kali ini. Ai akan update lagi pasal melukis ni. Minat dan bakat melukis ini memang boleh dipupuk dan diasah.

Sekian... Daaa...