Nuffnang Ads

Follower

Friday 22 February 2019

The Power Of Dragon

Assalam

Haha... tajuk kemain lg tu...omputih bagai tp isinya bahasa melayu...pooorahhh!! Maaf deh...saja ja nk kasi gempak tajuk.

Ni nk citer pasal buah power ni la...kawan2 ai selalu usik2 ai cakap ai ni minum dragon ball. Tp memang betul pun ai selalu bawa bekal air ni kat tempat kerja. Ai selalu offer dorang utk kongsi tp skali dua ja dorang nak, mungkin segan kot nak kongsi selalu. Ai tak kisah pun. Sebab dengan hanya separuh saja buah dragon tu ai boleh dapat satu jag besar uoollss. Berbaloi kan!

  

Sedap dan berkhasiat. Dari semua segi kesihatan, kecantikan, mencegah kanser, turunkan berat badan, membetulkan sistem imun badan, malah banyak lagi lah. Kulit ai bertambah cerah dan gebu, maklum lah kulit ai ni tak berapa nak cerah sangat. Cerah pon suam2 kuku ja. 🤣

Awak2 boleh ja campur kan dragon ni dengan buah2 yang lain contoh buah oren yang baik utk pencerahan kulit, buah epal, buah nanas or macam2 lagi lah boleh di variasi kan mengikut selera sendiri.

Kalau aii kan, ai memang suka letak ikut campak2 modified sendiri. Sedap. Kat bawah ni resepi ai yer. Boleh ubah ikut kehendak masing2.

Resepi ni utk 1 jag:

1/2 biji buah dragon (isi putih/merah- merah lg sedap)
1/2 biji epal merah
1/2 biji buah oren
2 hiris buah lemon
1/2 biji lobak merah
4 inci kulit lemon (ai lebih suka letak byk)
Sedikit gula (ikut selera)
1/2 liter air sejuk peti
- semua bahan di blender.
Siap di hidangkan.


Minum lah selalu. Ada orang cakap kalau tambah yogurt lagi sedap. Ai tak tahu sebab belum cuba. Nanti bila ai cuba kalau lagi sedap nanti ai kongsi kan yer.

Jumpa lagi.

Sekian. Daaa...

Saturday 2 February 2019

Khasiat Buah Eksotik

Assalam semua.

Entri pertama utk tahun 2019. Kita mulakan dengan sedikit maklumat tentang kesihatan dan kecantikan. Sebenarnya dua perkara tersebut adalah saling berkait. Bila kita sihat maka akan menyerlahkan lagi kecantikan seseorang. Kalau ditambah pula dengan sahsiah diri yang cantik akan menambah lg akan kesempurnaan seseorang perempuan itu.


Buah naga. Buah naga adalah salah satu buah eksotik yg sangat hebat khasiatnya. Ramai di kalangan kita yg masih belum tahu akan kehebatan khasiat buah ini. Mari kita bincangkan dua khasiat buah naga ini yg anda tak boleh abaikan, terutama perempuan.

Pertama... 
Buah naga ini boleh mencegah kanser. Cuba cakap mana ada perempuan yg tidak takut akan kanser terutama kanser payudara dan kanser rahim. Bukan setakat dua jenis kanser tu je awak, malah semua kanser ya. Makan lah buah ini selalu. Awak boleh jadikan ia sebagai jus yg paling sedap di dunia. Untuk awak semua, ai akan share kan salah satu resepi yg selalu ai amalkan. Hampir setiap hari taw. Paling tidak amalkan 3 atau 4 kali seminggu.


1/2 (separuh) buah naga (merah/putih)
1/2 epal merah (buang kulit dan biji)
1/2 buah oren (buang kulit dan biji)
Sedikit kulit lemon
Sedikit gula (jika mahu)
1/2 liter air (kalau sejuk lg sedap)

Caranya Membuatnya:

Blend kesemua bahan ini dalam blender. Kemudian tuang ke dlm jag. Sedia untuk diminum. Jika awak tak suka pekat boleh tambah air atau boleh kurangkan jika sebaliknya. Bagi saya tak sedap jika ditambah ketulan ais ke dalamnya, kerana ia akan sedikit mengubah rasa sebenar jus ini. Tapi kalau anda suka boleh je tambah ketulan ais.




Kedua...
Khasiat lain buah naga ini yang anda akan teruja ingin tahu... kan kan kan... adalah AWET MUDA. Atau dengan kata lain ia mampu mengubah kulit wajah anda menjadi lebih muda dan remaja. Menghaluskan kulit dan menghilangkan kedutan pada wajah. Cuba sendiri baru tahu akan hasilnya. Bagi saya memang terbukti hasilnya, itu pun baru beberapa minggu saya amalkan.

Caranya adalah...
Ambil isi buah naga secukup untuk muka dan leher. Campurkan sedikit yogurt plain, dalam nisbah 1:0.5. Kemudian blendkan ia dengan jari bersih atau sudu. Sapukan ke muka. Biarkan 20 minit. Cuci dengan air suam. Lapkan muka dengan tuala kering. Kalau saya pulak akan biarkan hingga kering, kadang-kadang sampai 2 atau 3 jam baru cuci. Ada juga sampai tertido baru bangun cuci. Jika muka nampak kemerahan atau keunguan tu anda boleh cuci dengan micellar (pelbagai jenama pun boleh - biasa saya guna jenama Garnier je) menggunakan cotton pad. Maaf takde gambar plak nak tunjuk. In sha Allah... nanti lain masa mungkin.

Selamat mencuba...

Sekian. Daaa....