Entri pertama utk tahun 2019. Kita mulakan dengan sedikit maklumat tentang kesihatan dan kecantikan. Sebenarnya dua perkara tersebut adalah saling berkait. Bila kita sihat maka akan menyerlahkan lagi kecantikan seseorang. Kalau ditambah pula dengan sahsiah diri yang cantik akan menambah lg akan kesempurnaan seseorang perempuan itu.
Buah naga. Buah naga adalah salah satu buah eksotik yg sangat hebat khasiatnya. Ramai di kalangan kita yg masih belum tahu akan kehebatan khasiat buah ini. Mari kita bincangkan dua khasiat buah naga ini yg anda tak boleh abaikan, terutama perempuan.
Pertama...
Buah naga ini boleh mencegah kanser. Cuba cakap mana ada perempuan yg tidak takut akan kanser terutama kanser payudara dan kanser rahim. Bukan setakat dua jenis kanser tu je awak, malah semua kanser ya. Makan lah buah ini selalu. Awak boleh jadikan ia sebagai jus yg paling sedap di dunia. Untuk awak semua, ai akan share kan salah satu resepi yg selalu ai amalkan. Hampir setiap hari taw. Paling tidak amalkan 3 atau 4 kali seminggu.
1/2 (separuh) buah naga (merah/putih)
1/2 epal merah (buang kulit dan biji)
1/2 buah oren (buang kulit dan biji)
Sedikit kulit lemon
Sedikit gula (jika mahu)
1/2 liter air (kalau sejuk lg sedap)
Caranya Membuatnya:
Blend kesemua bahan ini dalam blender. Kemudian tuang ke dlm jag. Sedia untuk diminum. Jika awak tak suka pekat boleh tambah air atau boleh kurangkan jika sebaliknya. Bagi saya tak sedap jika ditambah ketulan ais ke dalamnya, kerana ia akan sedikit mengubah rasa sebenar jus ini. Tapi kalau anda suka boleh je tambah ketulan ais.
Kedua...
Khasiat lain buah naga ini yang anda akan teruja ingin tahu... kan kan kan... adalah AWET MUDA. Atau dengan kata lain ia mampu mengubah kulit wajah anda menjadi lebih muda dan remaja. Menghaluskan kulit dan menghilangkan kedutan pada wajah. Cuba sendiri baru tahu akan hasilnya. Bagi saya memang terbukti hasilnya, itu pun baru beberapa minggu saya amalkan.
Caranya adalah...
Ambil isi buah naga secukup untuk muka dan leher. Campurkan sedikit yogurt plain, dalam nisbah 1:0.5. Kemudian blendkan ia dengan jari bersih atau sudu. Sapukan ke muka. Biarkan 20 minit. Cuci dengan air suam. Lapkan muka dengan tuala kering. Kalau saya pulak akan biarkan hingga kering, kadang-kadang sampai 2 atau 3 jam baru cuci. Ada juga sampai tertido baru bangun cuci. Jika muka nampak kemerahan atau keunguan tu anda boleh cuci dengan micellar (pelbagai jenama pun boleh - biasa saya guna jenama Garnier je) menggunakan cotton pad. Maaf takde gambar plak nak tunjuk. In sha Allah... nanti lain masa mungkin.
Selamat mencuba...
Sekian. Daaa....
No comments:
Post a Comment