Nuffnang Ads

Follower

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Tips Musim Equinok

Assalam

Lately ni kan cuaca amat pelik sikit. Katanya ekoran dr elnino. Dan terbaru spt yg di beritakan musim equinok pulak. Equinok ni di katakan bahawa keadaan cuaca yg panas dr biasa, panas terik yg mendadak secara tiba2.

Menurut kajian dan ramalan pihak jabatan meteorological, matahari akan berada betul2 di atas garisan khatulistiwa pd 20 Mac ini. Jd kemungkinan panas yg melampau akan berlaku yg mgkin akan menjejaskan kesihatan kita.

Oleh itu anda di minta menurut nasihat2 yg di keluarkn oleh pihak yg bertanggungjawab.


Selain. Daaa!!!

Monday, 21 December 2015

Khasiat Yogurt

Assalam

Ermmm sebut saja yogurt dah meleleh liur dibuatnya. Sy sgt suka yogurt. Sekarang ni yogurt dtg dlm berbagai perisa. Perisa buah buahan yg lazat.


Hari ini sy nk kongsikan khasiat yogurt. Selain enak dimkn begitu sj, ianya boleh dijadikn masker utk wajah anda. Kalau sy la kan sambil mkn tu sy cuit je sikit letak kat muka..ia boleh menghalus dan melicinkan kulit tau...

 ....sgt beruntung sesiapa memiliki wajah yg halus dan mulus....

Antara khasiat yogurt ialah..

1. Menyihat kn gigi jika anda selalu memakannya. Ia boleh mengelakkan anda drp terkena perodontal. Periodontal adalah sejenis penyakit gusi yg parah yg boleh mengakibatkan gusi berdarah dan gigi longgar.


2. Boleh mencegah penyakit darah tinggi. Kandungan kalium dlm yogurt boleh membantu membuang lebihan sodium yg dikeluarkan oleh badan. Amalkan secara rutin memakan beberapa auns perhari dpt menjauhkn anda dr penyakit darah tinggi.

3. Mencegah osteoporosis drp menyerang anda terutama jika usia anda semakin meningkat. Amalkn selalu memkn yogurt yg berperisa ataupun yg asli. Sentiasa amalkn mencampurkn yogurt ke dlm masakan anda selain di mkn begitu shj.

4. Yogurt jg boleh menghilangkan bintik-bintik hitam yg timbul di wajah dan badan anda. Sapu yogurt asli ke wajah sambil membuat sedikit pijatan lembut, kemudian biarkan 20 minit sebelum di basuh dgn air biasa.


5. Selain itu yogurt jg boleh menghilangkan masalah pori-pori terbuka. Ambil sedikit yogurt dan sapu ke wajah. Buat sedikit urutan kecil secara membulat dan lembut pd wajah. Biarkan ia kering sebelum di cuci dengan air biasa atau air suam.


Sy jg selalu amalkan mkn yogurt asli ni tp sy mkn sikit2 je sebab rasa dia opkos la masam kan. Nanti tak pasal2 tekak pulak yg meragam. So pandai2 lah anda di luar sana memilih cara utk makan yogurt. Apa yg perlu anda ingat ianya sgt berkhasiat utk tubuh anda.

Daaa...!!!


Sunday, 26 April 2015

Memutihkan Ketiak

Assalamualaikum 

Pada sesetengah orang tanda hitam bawah ketiak tidak mendatangkan masalah. Ini mungkin kerana faktur pemakaian yg menyelamatkannya drp terlihat kepada umum.

Namun begitu ada jg yg masih merasa tidak selesa dgn keadaan tersebut. Di bawah ini terdapat cara2 untuk menghilangkan tanda2 hitam underarm. Selamat berusaha...


Daaa...!!!


Khasiat Dari Dapur Anda

Assalamualaikum 

Tahukah anda bahawa dapur anda menyimpan pelbagai jenis bahan perubatan dan kecantikan. 

Anda bermasalah lingkaran gelap bawah mata? Sila ke dapur anda dan dapatkan bahan2 untuk menghilang kan nya. Selamat mencuba. Moga berjaya...


Sekian.daaa...!!!


Nafas Berbau

Assalamualaikum 

Memang satu masalah besar! Kan?

Tahukah anda, nafas berbau boleh membuat kan anda kehilangan. Kemungkinan besar anda akan hilang kawan, hilang keyakinan diri, rasa rendah diri dan akan alami berbagai2 perasaan lagi jika tidak di kawal dr sekarang.

Jgn biarkan nafas anda terus berbau. Anda ada berbagai cara untuk mengurangkan bau nafas. Selain menjaga kebersihan mulut, faktur pemakanan jg salah satu penyebab yg mengundang punca bau mulut.

Jaga lah pemakanan anda setiap hari. Bagi anda yg mengalami bau mulut atau bau nafas...cuba elak kan diri drp makan makanan yg berbau..contohnya cincaluk, sambal belacan, budu, jeruk dan seumpamanya.

Untuk menghilangkan bau mulut anda boleh mencuba beberapa jenis bahan yg di nyatakan spt dlm gambar di bawah. Amalkan lah selalu...in shaa Allah berhasil.



Selamat mencuba...

Daaa...!!!


Wednesday, 22 April 2015

Rahsia Ais Batu

Assalamualaikum 

Siapa yg tak suka ais. Lebih2 lg ketika musim panas. Sifat yg menyejuk dan menyegarkan menarik selera semua orang kecil besar tua mahupun muda.

Ada beberapa khasiat atau kegunaan ais ketul ini dlm bidang kecantikan dan kesihatan diri...



1. Ubat jerawat 
     Gosok perlahan ais ketul pada kawasan yg berjerawat. Ais yg dingin akan menenangkan kulit sekitar jerawat dan ia membantu mengempiskan jerawat.


2. Parut jerawat
     Akan memudarkan bekas2 jerawat jika diamalkan selalu. Anda hanya perlu menggosok ke wajah selama 15 minit. Beaks jerawat akan memudar dan wajah akan segar.

3. Mengecilkan pori2
     Oleskan ais batu pada wajah secara rutin. Amal kan selalu.

4. Mencerahkan kulit
     Ais jg mampu mencerahkan kulit wajah. Caranya cuma dgn mem blend timun atau strawberi dan bekukan. Kemudian oleskan pada wajah seminggu sekali. Ia boleh menjadi SCRUB yg berkhasiat mencerahkan kulit.




5. Pelbagai guna
     Selain itu ais ketul boleh melembabkan bibir, menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan mengoleskannya shj. Boleh mengatasi ruam2 pd wajah selepas terkena matahari.
     Ais jg boleh menjadikan mekap tahan lebih lama. Sebelum anda mengenakan mekap...cuci wajah bersih2 dan oleskan wajah dengan ketulan ais. Kemudiam lap hingga kering sebelum anda memulakan solekan di wajah.

Sekian. Daaa...!!!


Monday, 20 April 2015

Apa Itu Mucus?

Assalam

Saya pon tak tahu apa fungsi mucus bg badan manusia. Di sini sy bg sedikit info tentang mucus.

Dalam vertebrata, mukus (myoo-kuss) (bentuk kata sifat: "lendir") adalah rembesan licin dihasilkan oleh, dan meliputi, membran mukus. Cecair mukus biasanya dihasilkan daripada sel yang terdapat dalam kelenjar mukus. Sel-sel merembeskan mukus produk yang kaya dengan glycoproteins dan air.

Di sini sy nak kongsi kan sesuatu yg boleh anda jd kan panduan dlm pemakanan terutama bahan2 yg boleh menghasilkan mucus. 


Di samping itu juga sy nk kongsikan jg bahan makanan yg boleh menghapuskan mucus. Dengan itu anda boleh mengawal pemakanan anda terutama berkaitan dgn  mucus ini. 


Sekian. Daaa..!!!


Friday, 19 October 2012

Petua Wajah Mulus


Assalamualaikum kekawan semua...


maukah anda miliki wajah semulus hanis zalikha ato jue aziz?


Dah beberapa hari bertapa, dokdan nak mengupdate blog...Tetiba jer arini terasa nak kongsikan satu petua kecantikan. Alaaaah, awak tu bukan cantik sgt pon nak kongsi2 petua kecantikan bagai... ahak2. Apa kes?

Petua basi ni agaknya sumorang dah tahu pon, tp takpe la kan. Sobabnya petua ni akak selalu amalkan dari dolu2 sampek skarang. Kesannya amat mengagumkan. Ecewah prasan...

Setiap hari masa kekawan dok masak2 kat dapoq tu, rajin2 ler mulut tu mengunyah buah tomato segar. Kalo tak suka, mulakan ngan sepotong jer dulu. Lama kelamaan suka tu dtg la. Anak kaktee yg kedua tu, pantang tgk makdia beli tomato, mesti ayat sama yg keluar... ma aci dok kakak nak satu? Dia tu mkn mcm buah jambu jer, hakak pon jeles.




Kalo takboleh mkn gitu ajer, celupkan ngan sos cili, baru ngap, kompem korang suka...sodap weh! 



Kaktee pulak mkn buah tomato nak kena cecah ngan sos cili ker, mayonis ker, ato paling tidak cecah sambal. Hehee terbaek. Makan tomato ni patut diamal sejak dr awal lg ato ngan kata lain masa korang muda2 lglah. Galakkan anak2 khususnya pompuan mkn neh. InsyaAllah berbaloi bila dorang dewasa nanti.


mayo


sambal


Jikalau korang "still cannot go" jugak, amalkan yg ni. Ambil sepotong ato sehiris buah tomato segar yg ranum, sapukan kat muka. Tenyeh sampai ia hancur kat muka. Pandai2 korang la nak tenyeh camana, janji hancur dan sebati melekat kat muka. Biarkan sampai kering, jgn biar lama sgt kering kat muka, pastu cuci ngan air suam. Tp kaktee cuci ngan air biasa jer, sebab ada setengah org ckp air suam boleh mengeringkan kulit. Kaktee jenis kulit yg kering jadik...haa gitu la.


Selamat mencoba... pastu nyanyi la lagu coba faizal tahir... hehe.

Sekian. Daaa...!!!

Wednesday, 25 July 2012

Mengelak Ulser mulut



Assalamualaikum, salam Ramadhan kekawan semua...







Orang kata, sesuatu penyakit tu lebih mudah mencegah drp mengubati. Jadi kat sini kaktee nak kongsi satu tip mudah dgn kawan2. Tips bg mengelak drp terkena ulser mulut atau mulut pecah2 atau melepoh. Sakit wooo, bg org yg dah terkena sj yg taw peritnya kan.




menyakitkan


Petua ni selalu kaktee amalkan. Nak kata tak pernah kena tu lebih2 la pulak, tp... memang pon tak pernah kena ulser mulut semenjak kaktee amalkannya. Petuanya senang jer. Letak sedikit garam di atas ubat gigi sebelum memberus gigi. Jikalau mulut rasa tidak selesa selepas gigi digosok, boleh ulangi memberus gigi dgn ubat gigi tanpa letak garam.




sebarang jenis ubat gigi



garam makan halus


Insyaallah berkesan. Cubalah, mana tahu cara ni boleh serasi ngan anda.


Sekian. Daaa...!!!



Wednesday, 4 April 2012

Tips From The Pro!

Myenglishversion

look young - hanis zalikha's mother


Dr megan Chong, a nutritionist by training, advocates on holistic approach in the maintenance of health and well being of individuals. Here she shares some effortless tips for a healthy new you.

  • Eat right - practice variety, balance and moderation for all your meals to ensure good nutrition.
  • Go-go Wholegrain - embrace whole grain cereals for a healthy dose of dietry fibre everyday.
  • Fill your plates with colors - not only will your food look more appetizing, your skin will thank you too!
  • Nuts about you - snack on almonds and walnuts for extra boost of protein and vitamins.
  • Beauty sleep - sleep at least 6 to 8 hour a day to keep dark circles and dull skin away.

By Dr Megan Chong, Lecturer, Department of nutrition and Dietetics International Medical University, Malaysia.

Source: Brightening Journal Shiseido - March/April 2012 Edition

Happy reading. Daaa...!!!

Friday, 16 March 2012

Panduan Menjaga BARANG KEMAS





Kaktee tau ramai kekawan yg menyimpan byk brg kemas, tak kiralah emas ker, berlian ker atau pon batu2 permata yg mahal2. Jadik sbg sokongan kepada hobikellass korang tew, kaktee turunkn tip2 penjagaan barangan kemas. Harap semua berpuas hati ya! Panduan nee diciplak dr HM 5 Mac lepas.





  1. Pastikn anda memegang cincin pd gelungnya, tidak pd batu berlian. Jari boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pd batu yg akan mengurangkn kilauannya. Ianya boleh diatasi hanya dgn menghembus perlahan pd permukaan cincin, selepas itu gosok lembut dgn kain pengesat cermin mata.
  2. Dptkn khidmat pakar emas bg memastikn ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 hingga 18 bulan sekali. Ini penting terutama bg cincin emas putih yg jauh lebih rapuh berbanding emas kuning.
  3. Anda mungkin ingin memakai cincin berlian setiap masa tetapi adalah bijak utk menanggalkannya setiap kali melakukn kerja lasak. Sungguhpun berlian amat keras pukulan kuat boleh menyebabkn ia sopek atau retak. Jgn letak cincin anda di tepi sinki atau berdekatan lubang longkang kerana  kemungkinan anda terlanggar brg kemas, boleh menyebabkn ia hilang dlm air.
  4. Simpan cincin berlian dlm kotak berasingan atau beg lembut kecil bg mengelak batu permata lain drp tercalar akibat bergesel dgn brg kemas lain.Cara lain adalah dgn membalut cincin berlian dlm fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup.
  5. Simpan brg kemas di tempat kering. Udara yg keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata.
  6. Klorin boleh menyebabkn lekukan hodoh atau perubahan warna pd ikatan  tatahan atau gelung emas. Elak drp menyarung cincin ketika menggunakan sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dlm kolam mandi.
  7. Cara paling selamat membersihkan brg kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kotoran atau minyak yg terkumpul pd berlian boleh hilang dlm campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dgn berus gigi lembut. Bilas dgn cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.
  8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkn kilauannya dgn sapuan lembut fabrik chamois. Utk hilangkn kesan kusam, rendam dlm air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dgn berus gigi lembut.
Sumber: Habib Jewel Sdn Bhd




Sekian. Daaa...!!!