Nuffnang Ads

Follower

Saturday 8 February 2020

Modify

Assalam semua...

Lama dah tak update kat blog. Selalu busy dan bila busy maka lupalah yg sini. Apa pun kali ni ai nk share sekali lagi mengenai jus yang ai suka sangat yang ai dah post beberapa kali. Tapi kali ni ai nk share yang jusnya aii dah pun midify sikit.

Okey bahan yang digunakan sama je dengan yang asal cuma tambah tomato je. Selepas minum beberapa kali kulit semakin lembut, gebu dan cerah. Bagi mereka yang tak suka tomato boleh ganti kan dengan buah lain.

1/4 beetroot 
1/2 dragon fruit (puti/merah)
2 biji buah tomato (jika kecil)
1/2 biji buah oren
1/2 biji epal merah
1/2 biji carrot
1 batang batang selery (1/2 jika yg besar)
2 hiris lemon (anggaran 1 inci tebal)
3 sudu makan yogurt plain (yg berperisa pun boleh)
3 sudu makan gula
Air secukup nya (kalau nak cair bykkan air)

Caranya :
Blend kesemua bahan bersama air. Tuang ke dalam jag. Sesuaikan kepekatannya dan rasa mengikut kesukaan anda. Sejukkan dalam fridge. Sedia diminum.



Selamat mencuba.

Sekian.

Daaa...!!!


1 comment:

Anonymous said...

Slm puan ada fb sy nk btya sesuatu.