Nuffnang Ads

Follower

Saturday, 8 February 2020

Kuasa Bunga

Assalamualaikum semua...

Di kesempatan ini ai ingin mengucapkan happy belated new year 2020. Ini first post utk tahun two thousand twenty so kira masih boleh la kan, dengan ucapan semoga kalian semua beroleh kejayaan dan kebahagiaan yg berlipat ganda... Aaminnn!!!


Oleh kerana ini post pertama tahun ini, ai nak kongsi kan tentang kebaikan satu bunga ni, ianya memang powerful (dengan izin Allah swt)). Immortelle Overnight Reset Oil-In-Serum yang diasaskan daripada Bunga Immortelle.


Ai berani kongsikan serum ini kerana ianya memang terbukti berkesan. Ai dah guna serum ni. Walaupun baru guna beberapa hari (8 hari) dah terasa dan nampak perbezaannya. Ai nak lihat perbezaan selepas 28 hari pulak seperti yang diwar-warkan. In sha Allah semoga ianya berhasil.



Harga? Memang agak mahal. Tetapi anda boleh dapatkan serum ini dalam saiz yang kecil dengan harga yang mampu milik. Ai beli dalam Shopee je. Saiz 5ml dengan harga rm65, tapi ai beli dalam package of two dengan harga rm106 sahaja. Semoga maklumat ini dapat membantu anda yang ingin menikmati kebaikan bunga immortelle ini.



Sekarang kulit terasa ketat. Garis sekitar mata semakin menipis dan face ai jadi cerah halus dan gebu. Sebelah malam ai sapu immortelle reset serum dan pada esok paginya pula ai pakai L'Ocitane Divine Youth Oil. Ai pakai sebelum foundation. Pakai dengan cara yang betul pasti berkesan. Cuba lah!


Sekian. Daa...!!!

ps : Kredit gambar dari google



No comments: