Hernia ini boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa. Terdapat beberapa jenis hernia yang dialami oleh pengidap hernia ini. Tidak bahaya, tetapi jika tidak dirawat akan menyebabkan kesakitan yang berlarutan dan boleh mengakibatkan penyakit lain datang mengganggu.
Jenis-jenis Hernia.
1. Inguinal Hernia
Inguinal hernia berlaku apabila tisu menolak melalui kelemahan otot pangkal paha. Ia boleh berkembang di kedua-dua belah tulang kemaluan dan kebiasaan berlaku pada kaum lelaki.
2. Femoral Hernia
Femoral hernia ini berlaku apabila bonjol tisu dari perut bawah ke paha atas, lebih tepat di bawah lipatan paha. Hernia femoral berlaku lebih kerap kepada perempuan berbanding lelaki.
3. Umbilical Hernia
Hernia ini terjadi apabila usus, lemak atau bendalir menolak melalui tempat yang lemah di dalam perut. Ini menyebabkan bonjol berhampiran butang perut atau pusar. Kebiasaan hernia umbilical ini berlaku pada bayi.
4. Hiatal Hernia
Hernia hiatal berbeza dengan jenis hernia yang lain, kerana ia melibatkan perut dan bukannya usus. Ia berlaku apabila sebahagian perut anda membengkak melalui diafragma dan ke dada anda. Diafragma adalah kunci otot yang memisahkan perut anda dari dada. Anda tidak dapat merasakan hernia hiatas atau melihat bonjol.
sumber: pinterest
Sekian. Daaa...!!!
No comments:
Post a Comment