Nuffnang Ads

Follower

Thursday 14 March 2019

Dragon Plus Yogurt

Assalamualaikum...

Hari tu dah janji nk share lagi skali jika jus dragon plus yogurt sedap. Memang sedappp awakkk... Ok sebelum ai teruskan dengan resepi nya, ai nak kongsikan khasiat satu persatu bahan yang ai guna kan ini. 


Pertama : 
Bahan utama iaitu buah NAGA. Khasiat yang paling hebat untuk kesihatan dan kecantikan. Mencegah kanser, menguatkan sistem imun badan, mencegah penyakit kardiovaskular, meningkatkan metabolisme dan banyak lagi lah. Khasiat dari sudut kecantikan pula yang semua wanita cukup sensitif dan suka ialah ANTI AGING. Malah sesetengah pendapat mengatakan ia mampu menghilangkan kedutan di wajah.



Kedua :
LOBAK merah - mampu memberi impak yang besar terhadap penglihatan. Kesihatan mata amat penting jangan pandang mudah akan nya. Kaya dengan vitamin A dan beta karotena yang menjadi bahan antioksidan untuk kulit. Ia juga mampu merawat kulit kering, kedutan pra matang, menyihat dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


Ketiga :
CELERY / BATANG SADERI - mengandungi magnesium dan minyak pati yang mampu memberi kelegaan kepada sistem saraf. Selain itu ia boleh mengelakkan stress dan masalah sukar tidur malam. Juga mampu melawan kanser terutama kanser payu dara dan kanser pankreas.


Keempat :
Yogurt - terdiri daripada 2 jenis probiotik iaitu lactobacillus dan bifidobacterium. Mampu meningkatkan kadar imun tubuh. Ia juga boleh mencegah jangkitan pada vagina terutama bagi pesakit diabetis wanita.


Kelima :
EPAL merah - khasiatnya memang banyak bak kata pepatah omputih, ‘one apple a day keep doctor away’. Awak2 tentu sedia maklum kan.


Keenam :
OREN  - kaya dengan vitamin C dan beta kerotina. Mampu melindungi kulit daripada radikal bebas dan menghalang tanda2 penuaan. Mencegah kanser dan penyakit buah pinggang.


Ketujuh :
LEMON - membantu menurunkan berat badan. Boleh menghentikan pendarahan gusi, membaiki kulit yang terkupas serta mampu meningkatkan daya fokus anda.

Haaa...itu adalah antara sebahagian khasiat buah2 yang kita gunakan untuk buat jus yang sedap ini. Bahan2nya sama juga cam dulu cuma ada tambahan beberapa sahaja.

  

BAHAN :
1/2 biji buah naga
1 batang lobak merah (kecil / sederhana besar)
1 biji epal merah
1/2 biji oren (kupas kulit)
1 atau 2 hirisan lemon ( kalau suka masam boleh tambah)
1/2 batang celery
3 sudu besar plain yogurt (berperisa pon boleh- lg sedap)
1 lingkaran kulit lemon
Sedikit gula ( jika suka- boleh kurang/lebih)
500 ml air sejuk
CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Kemudian blend kesemuanya. Tuang ke dalam jag. Sedia di minum. NOTA: jika suka pekat boleh terus minum jika tidak boleh tambah air untuk cairkannya.

 

Selamat mencuba. Sekian.

Daaa...!!!

Sumber Gambar : google


No comments: