Nuffnang Ads

Follower

Thursday 14 March 2019

HERNIA

Assalamualaikum...

Kali ni ai nak bincang tentang satu masalah berkaitan penyakit dalam perut. Dia boleh datang tanpa amaran secara tiba2 dan ianya amat menyakitkan. Hernia, itu lah menurut doktor yang memberitahu.

Apa Itu Hernia?
Hernia adalah bonjol usus, organ lain atau lemak melalui otot perut. Hernia berlaku apabila dinding otot lemah. Dengan kata yang lebih jelas ialah hernia ini boleh berlaku apabila terdapat kelemahan pada dinding otot yang membolehkan sebahagian organ dalaman ditolak.


Gangguan ini datang beserta dengan kesakitan yang ringan, malah ianya tidak dapat dikawal. Terdapat risiko hernia akan datang ‘mencekik’ dan menyekat bekalan darah, kerana kawasan di mana ia menonjol boleh menyebabkan tekanan pada bekalan darah terputus, penjagaan perubatan segera diperlukan kerana tisu perlu survive.

sumber : pinterest

Sekian. Daaa...!!!

No comments: