Nuffnang Ads

Follower

Friday, 16 March 2012

Panduan Menjaga BARANG KEMAS





Kaktee tau ramai kekawan yg menyimpan byk brg kemas, tak kiralah emas ker, berlian ker atau pon batu2 permata yg mahal2. Jadik sbg sokongan kepada hobikellass korang tew, kaktee turunkn tip2 penjagaan barangan kemas. Harap semua berpuas hati ya! Panduan nee diciplak dr HM 5 Mac lepas.





  1. Pastikn anda memegang cincin pd gelungnya, tidak pd batu berlian. Jari boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pd batu yg akan mengurangkn kilauannya. Ianya boleh diatasi hanya dgn menghembus perlahan pd permukaan cincin, selepas itu gosok lembut dgn kain pengesat cermin mata.
  2. Dptkn khidmat pakar emas bg memastikn ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 hingga 18 bulan sekali. Ini penting terutama bg cincin emas putih yg jauh lebih rapuh berbanding emas kuning.
  3. Anda mungkin ingin memakai cincin berlian setiap masa tetapi adalah bijak utk menanggalkannya setiap kali melakukn kerja lasak. Sungguhpun berlian amat keras pukulan kuat boleh menyebabkn ia sopek atau retak. Jgn letak cincin anda di tepi sinki atau berdekatan lubang longkang kerana  kemungkinan anda terlanggar brg kemas, boleh menyebabkn ia hilang dlm air.
  4. Simpan cincin berlian dlm kotak berasingan atau beg lembut kecil bg mengelak batu permata lain drp tercalar akibat bergesel dgn brg kemas lain.Cara lain adalah dgn membalut cincin berlian dlm fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup.
  5. Simpan brg kemas di tempat kering. Udara yg keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata.
  6. Klorin boleh menyebabkn lekukan hodoh atau perubahan warna pd ikatan  tatahan atau gelung emas. Elak drp menyarung cincin ketika menggunakan sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dlm kolam mandi.
  7. Cara paling selamat membersihkan brg kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kotoran atau minyak yg terkumpul pd berlian boleh hilang dlm campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dgn berus gigi lembut. Bilas dgn cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.
  8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkn kilauannya dgn sapuan lembut fabrik chamois. Utk hilangkn kesan kusam, rendam dlm air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dgn berus gigi lembut.
Sumber: Habib Jewel Sdn Bhd




Sekian. Daaa...!!!


No comments: