Nuffnang Ads

Follower

Saturday 8 December 2012

Perihal Antibodi


Assalamualaikum kekawan semua...





Terpanggil utk buat satu entri ringkas berkaitan dgn kekurangan antibodi. Kekurangan antibodi di dlm tubuh badan seseorang. Pg td terbaca satu artikel berkaitan ini di dlm HarianMetro, edisi jumaat 7 dis 2012. Sedih jugak baca kisah berkaitan seorang anak yg mengalami kekurangan antibodi yg telah memberi kesan sebegitu rupa ke atas dirinya (adik muhammad adam~3 thn). Tempurung lutut dan urat pahanya terpaksa dibuang kerana mereput akibat jangkitan kuman.




Lalu kaktee google utk cari sedikit maklumat tentang antibodi ini. Antibodi adalah sistem pertahanan badan, yg mana ianya terbentuk secara perlahan2 selaras dgn peningkatan usia seseorang. Merupakan cara semulajadi badan melawan kemasukan bakteria, virus, fungi dan parasit yg boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.





Antibodi ini terbentuk drp protin darah yg dihasilkan dlm limfoid sbg tindakbalas terhadap kehadiran antigen (bhn asing) tertentu. Ia akan sentiasa bergerak dlm plasma darah utk menyerang antigen, yg sekaligus menjadikannya tidak berbahaya kpd badan. Seseorg akan mengalami masalah kesihatan apabila sistem pertahanan badan (antibodi), yg juga disebut imun tidak dpt melawan dan menghapuskan organisma asing yg masuk ke dlm badan.



Kekawan boleh klik disini utk mengetahui info berkaitan tajuk atau kesihatan tubuh badan. Kaktee juga ingin mewarwarkan kpd kekawan, bahawa jika anak2 kerap mengalami demam, pening2 kepala, mual2, sakit perut dan muka pucat adalah merupakan tanda2 awal yg anak2 tersebut berkemungkinan besar mengalami kekurangan antibodi. Ini telah berlaku kpd anak kaktee sendiri (kakak). Bayangkan dlm seminggu hanya dpt ke sekolah dlm dua atau tiga hari shj. 


alhamdulillah kakak dah sihat skarang...


Jumpa doktor, makan ubat baik sekejap. Kemudian berulang lg sehingga hampir setahun. Kali kelima jumpa doktor, barulah doktor berterus terang bahawa anak kaktee kekurangan antibodi dan jugak kekurangan darah. Kakak ni kejap2 demam, kejap2 pening, sakit perut dan mcm2 lglah. Kesian dia nak belajar pon tak senang.

Doktor wee cadangkan kaktee beri supplement utk kuatkan antibodinya tu. Beliau cadangkan beri minyak ikan kod dan ubat tambah darah sangobion. Tp lepas dominggu mkn sangobion dia mula rasa mual2 ngan ubat tu, pastu kaktee tukar ngan ubat obimin sampai skarang. Kalau la dia tau yg ubat tu jugak utk org mengandung, agak2nya nak tak dia makan...kihkihkih. Lepas makan sebulan lebih, semua penyakit yg dia hidap tu dah takder sampai la skarang. Alhamdulillah...syukurrr. Akan tetapi leni bila dah sihat, dia mula culas makan ubat2 tu. Nak kena ingatkan selalu, kalau tidak asyik lupa ajer. Ish ish ish...







Selain tu ada kawan2 yg bg nasihat supaya beri mkn epal hijau. Kata mereka epal hijau ni boleh menguatkan antibodi. Boleh dimakan gitu ajer atopon dibuat jus. Apelg... terus beli dan beri kakak mkn byk2. Sebbaek dia suka, kalau tak tataw la canne. Memang betul2 berkesan. Tak lupa jugak doa seorang ibu taw, amat penting dan penuh keberkatan...ecewah. Kalau kekawan ada info tentang cara lain bg menguatkan antibodi neh, boleh ler info ke sini ya.




Sekian. Daaa...!!!


2 comments:

Sharinginfoz said...

memang penting antibodi dalam badan kan

Diari Maya said...

Sharinginfoz... aah memang, risau kan dgn kesihatan anak2.