Penyebaran video pendek aksi seorang wanita mengamuk di khalayak selepas keretanya dilanggar oleh seorang lelaki warga emas, menyebabkan nombor plat kenderaan CDM25 menjd begitu popular dlm klas nya yg tersendiri.
Kiki... yg dikatakn nama pemilik kereta tersebut jg turut menjd bahan kutukan masyarakat Malaysia. Menurut Kiki semua acc media sosial nya telah diceroboh oleh org2 yg tidak bertanggungjwb. Selepas insiden itu Kiki telah menutup semua acc sosial nya kecuali Wechat.
Pg tadi Kiki wanita sensasi dlm video pendek tersebut telah memohon maaf secara terbuka melalui Radio Era. Kiki ditemukn dgn Mr Sim Siak Hong melalui pggilan telefon yg dibuat khusus bg menjernihkn keadaan oleh radio Era. Kiki mohon maaf kpd mr sim dlm nada yg sebak.
Mr sim memaaf kn sume kslhn kiki dgn ikhlas. Dia jg mohon maaf atas tindakn polis terhdp kiki. Itu bkn kehendak dia. Mr sim siak hong seorang yg pemaaf.
Ini laporan yg sy ambil dari laman web yahoo.com
Wanita mengamuk kepada warga emas mohon maaf, rayu video dibuang
The Malaysian Insider – 13 hours ago
Wanita yang terlibat dalam pertelingkahan dan menghina warga emas, Sim Siak Hong selepas keretanya terlibat dalam satu kemalangan di Pahang hari ini memohon maaf.
Dalam siri tulisan akaun laman peminat Facebook Kiki Kerja Kahwin di mana video itu mula tersebar, wanita tersebut merayu agar video tersebut dibuang.
"Tolong sampaikan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya. Itu bukan niat saya, itu adalah kesilapan saya dan kemarahan.
"Saya perlu disalahkan dalam insiden itu," kata wanita tersebut.
Beliau berkata menerima cadangan daripada orang ramai yang menyuruhnya mengeluarkan satu video untuk meminta maaf selepas insiden tersebut.
"Dalam keadaan semasa, saya tidak cukup kuat untuk membuat video. Keluarga saya, jiran dan kawan saya mempersoalkan tindakan tersebut. Pada masa depan saya akan rekod video," kata beliau.
Selain mengeluarkan gambar salinan pesanan ringkas daripada pegawai penyiasat dari Puchong yang mahu mendapatkan kenyataan daripada beliau, wanita tersebut juga berjanji akan bertemu dengan warga emas itu dengan secepat mungkin.
Beliau berkata akan menukar nombor plat kereta CDM25 tersebut selepas mula dikenali susulan insiden malang itu.
Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada 14 Julai lalu menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan bersemuka dengan lelaki tersebut.
Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial.
Wanita berkenaan juga turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.
Selain itu, cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “You very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. – 16 Julai, 2014.
Antara gambar yg dimanipulasi oleh org2 yg tidak bertanggungjwb.. Mcm2 kata2 perli yg di cipta dan di muat naik di laman sosial berkaitan Kiki dan CDM25.
Sekian. Daaa...!!!
No comments:
Post a Comment