Nuffnang Ads

Follower

Wednesday, 4 September 2024

Dating Berdua

 Assalam semua

Hari ni ai keluar berdua saja. Beli barang keperluan dapur sikit. Sikit2 je bukan banyak2 pun haha. 

So sebelum pi merendek kat pasaraya kita kena isi perut dulu la kan. Bila perut kenyang baru la kita jadi tercerdik nak memilih. Memilih barang yang perlu2 aje. Hahahhh.






Sekian.

Daaa...



Sunday, 1 September 2024

Tempat Durian Best

Assalam semua.

Ini tempat makan durian yg paling best dan sangat berpatutan harganya. Durian Heng yg bertenpat di Jalan Jasin - Segamat. 












Nak tunjuk tempat makan and beli durian yg best. Duriannya jenis yg elok punya. Kami beli 4 biji je, cukup la buat mkn 3 orang. Video ai ni tak tahu la boleh buka ke tak.



Sekian. Daaa...



Wednesday, 21 August 2024

 PERMULAAN BARU 2024

Assalam semua

Bertahun2 sudah tak buat post utk blog, last post tahun 2022. Aduhai lamanya korang. 

Emmm utk kali ni hari tu ai pergi Seremban. Sebab tak tau nak lunch kat mana ai singgah la kat Nandos. Uolls.. ada menu baru, sedap giller kena ngam sgt2 dgn tekak ai.

Korang kena tgk video yg ai drop kat bawah. Korang patut cuba taw.













Sorry rasanya video takleh bukak.

Sekian. Daa...



Wednesday, 16 March 2022

Banjir



Assalamualaikum semua.
Lamanya ai tak update blog. Emmm utk tahun ni ini lah baru kali pertama. Huuiii… kebizian bebeno

Okey takpe2, kali ni ai nk tulis pasal banjir ya. Iklim dah berubah kot kan. Mana tak nya kalau dulu banjirnya mesti datang hujung tahun, bulan Nov or Disember. Tapi sekarang tengok lah musim banjir dah beranjak ke awal tahun plak. 

Untuk tahun ni kampung ai banjir bulan 3. Bulan Mac yuu. Baru je lepas. Barang2 pun belum habis susun lagi. Memang tak jangka langsung. Ingat tak banjir dah sebab tahun lepas bulan Januari dia datang. Tapi… itulah kan kehendak DIA siapa lah kita ni sebagai hambanya. 

Air masuk dalam rumah tak la dalam sangat, paras2 betis saja. Tapi memang semua tahu kan kalau dah namanya banjir semua kena main angkat2 la kan.. kan. Pastu bila dah surut kena la main bersih2 rumah plak. Mak aiihhh…memang struggle giler lah.








Dugaan Allah itu tentu datang dengan hikmah. Betul tak. Alhamdulillah semua dapat diharungi bersama. Syabas untuk semua mangsa2 banjir tahun 2022. Semoga tahun 2023 tidak banjir lagi.

Sekian.
Daaa…


Thursday, 21 October 2021

Buat Apa Yang Kita Cintai

Assalamualaikum semua...

Emmm lama dah tak update blog. Musim sekarang kan memerlukan komitmen masa untuk norma baharu. Zaman covid19. Sekali imbas memang menakutkan. Tapi apakan daya kita sebagai hamba NYA perlu reda dengan pemberian Allah swt. Semua ini datang daripada DIA Yang Maha Esa. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini.

Untuk merelaxkan minda dan jiwa kita, kita perlu melakukan perkara2 yang boleh memberi kegembiraan dan kebahagiaan kpd kita, selain rutin harian kita. Betul tak? Bagi ai, ai suka drawing. Hodoh2 pun takpe. 

Lukislah apa sahaja sebagai permulaan. Conteng2 lah semau kamu, in sha Allah ia akan membantu anda release tekanan. Bagi ai bonus la sebab ai memang suka melukis, terutama lukis gambar orang. 
Mula2 draw je buruk pun okey. Lepas tu boleh edit. Nak tambah warna pun boleh. Tak perlu siap segera. Take ur time. Di sini ai tunjuk yang ai lukis. Mula2 hingga lah ai puas hati. Guna pensel je.


Okey sekian dulu utk kali ini. Ai akan update lagi pasal melukis ni. Minat dan bakat melukis ini memang boleh dipupuk dan diasah.

Sekian... Daaa...


Monday, 15 February 2021

Dulu-dulu

 Assalamualaikum...


Ai nak tanya, sape penggemar peanut butter atau mentega kacang? Cepat angkat tangan. hehehe... Saje je nak berbasa-basi sebab takde cerita menarik. huhuhuuu...


Ratah mentega kacang memang menjadi kegemaran ai tau. Dari zaman sekolah hingga lah sekarang. Kalau dulu zaman sekolah curi2 ratah kat belakang rumah. Tapi sekarang bila kita dah ada duit sendiri benda2 cenggini enteng je kan. Cuma hitu lah... ada juga masalahnya... G E M U K K K K.... ting ting ting!




Tapi beb memang serious sedappppppp. Cuma nya takleh makan atau ratah2 selalu lah. Kalau ikutkan hati sebotol tu sekali hadap je. Sape2 yang gemar tu memeng tau lah betapa nikmatnya  r a t a h  m e n t e g a  k a c a n g g g g....

                                                    


Sekian... Daaa...



Mid Valley

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Barru 2021 dan....

Selamat Tahun Baru Cina...

Lamanya tak update blog ni. Sayang ngan dia ni tp tak berapa nak ada masa yg lebih utk mengadap blog.

Okey lah, kali ni nk mulakan cerita tahun baru ni (walaupun dah tak berapa nak baru dah) dengan cerita Mid Valley. Rupanya kat sini macam satu dunia kecil yg lengkap. Semua ada. Kalau barangan2 tu... dari yg local hingga lah ke yang import semua. Produk yg mahal2 tu...pun ada di sini. Especially di Garden Mall.




Ai share gambar2 yang last ai pegi sana masa Chrritmas hari tu. Cuma gambar selfie jelah. Lupa nak ambik gambar tempat2 kat situ. Seronok sangat so selfie aje.


Kalau kita orang yg jauh2 ni, boleh menginap di Hotel Cititel lah. Hotel ni hotel yg harga nya mampu diinap oleh semua golongan. Kalau yang mahal seperti Hotel The Garden pon ada. Dua2 ni ai dah inap.



Ini tempat yg kecil tapi ada mall2 yg sangat besar...bg ai la. Dalam satu masa kita tak sempat pun nak jelajah satu mall. Sakit kaki ai walaupun pakai flat. Pakai heels tak usah nak cerita lg lah. Kirim salam jelah you.



Selain mall, terdapat banyak premis2 yang gah dan masyhur. Dari premis2 makanan hinggalah ke premis2 kecantikan. Kalau sememangnya anda berduit, maka ini lah tempatnya yang anda harus kunjungi untuk membeli-belah dan merawat kecantikan diri anda.


                                                 

Sekian. Daa....










Friday, 20 March 2020

Immortelle Reset Immortelle Divine

Aasalam semua...

Sementara lockdown period yang di umumkan oleh PM kita, ai nak post satu artikel berkaitan dengan produk skin care L'Occitane. Saja ja nak kongsi kebaikan satu serum ni. Ini bukan paid review ya. Lammmbbeeeettt lagi. Rasa cam semua dah tahu tu kan?


L'Occitane Immortelle Reset Overnight Reset Oil-In-Serum. Ai nak kongsi apa yang baharu dalam my skin care routine. Ehhh2 macam la ai ni retis haha padahal no body. Macam ni, mula2 ai tgk ofkos la dalam iklan, lepas tu ai beli produk ni dalam Shopee. Ai beli sepasang dengan Immortelle Divine Youth Oil. Ai pakai botol 4ml tu belum pon habis lg, dah dapat rasa perbezaannya keajaibannya (dengan izin Allah swt). Lepas tuuuu... ai repeat order laaa. Nanti rasailah sendiri ya!



Immortelle reset ni pakai hanya 2 drop je di sapu ke seluruh muka. Andai kata ada parts yang anda nak lebih perhatian spt bawah mata or dahi ke, boleh tambah satu drop lg and sapu kat tempat2 tadi. Ai pakai malam ja, sebab nak jimat. hihi...

Cara Pakai

Bersihkan wajah dengan cleanser dan toner. Kemudian pakai immortelle reset. Selepas itu pakai immortelle divine youth oil. And then pakai moisturizer yang biasa anda pakai. Siap. Tidur. Jangan lupa baca doa tidur... hehehe...


Perbandingan Pembelian

Ai dah beli secara online dan juga sudah beli kat L'Occitane store. Ai dengan senang hati nasihatkan anda yang nak beli supaya membelilah di online shopping. Harga immortelle reset kat store RM269.00 untuk 30 ml, berbanding kat online yang lebih murah.


Immortelle divine youth oil ai beli dengan harga RM138.00 untuk 2 botol 4ml. Online more better la. Tetapi! Pandai2 lah memilih kedai semasa membeli secara online kerana mereka ada caj penghantaran. Selamat membeli.



Harap artikel ini dapat memberi sedikit maklumat berguna untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian.

Daaa...!!!


Saturday, 8 February 2020

Modify

Assalam semua...

Lama dah tak update kat blog. Selalu busy dan bila busy maka lupalah yg sini. Apa pun kali ni ai nk share sekali lagi mengenai jus yang ai suka sangat yang ai dah post beberapa kali. Tapi kali ni ai nk share yang jusnya aii dah pun midify sikit.

Okey bahan yang digunakan sama je dengan yang asal cuma tambah tomato je. Selepas minum beberapa kali kulit semakin lembut, gebu dan cerah. Bagi mereka yang tak suka tomato boleh ganti kan dengan buah lain.

1/4 beetroot 
1/2 dragon fruit (puti/merah)
2 biji buah tomato (jika kecil)
1/2 biji buah oren
1/2 biji epal merah
1/2 biji carrot
1 batang batang selery (1/2 jika yg besar)
2 hiris lemon (anggaran 1 inci tebal)
3 sudu makan yogurt plain (yg berperisa pun boleh)
3 sudu makan gula
Air secukup nya (kalau nak cair bykkan air)

Caranya :
Blend kesemua bahan bersama air. Tuang ke dalam jag. Sesuaikan kepekatannya dan rasa mengikut kesukaan anda. Sejukkan dalam fridge. Sedia diminum.



Selamat mencuba.

Sekian.

Daaa...!!!


Kuasa Bunga

Assalamualaikum semua...

Di kesempatan ini ai ingin mengucapkan happy belated new year 2020. Ini first post utk tahun two thousand twenty so kira masih boleh la kan, dengan ucapan semoga kalian semua beroleh kejayaan dan kebahagiaan yg berlipat ganda... Aaminnn!!!


Oleh kerana ini post pertama tahun ini, ai nak kongsi kan tentang kebaikan satu bunga ni, ianya memang powerful (dengan izin Allah swt)). Immortelle Overnight Reset Oil-In-Serum yang diasaskan daripada Bunga Immortelle.


Ai berani kongsikan serum ini kerana ianya memang terbukti berkesan. Ai dah guna serum ni. Walaupun baru guna beberapa hari (8 hari) dah terasa dan nampak perbezaannya. Ai nak lihat perbezaan selepas 28 hari pulak seperti yang diwar-warkan. In sha Allah semoga ianya berhasil.



Harga? Memang agak mahal. Tetapi anda boleh dapatkan serum ini dalam saiz yang kecil dengan harga yang mampu milik. Ai beli dalam Shopee je. Saiz 5ml dengan harga rm65, tapi ai beli dalam package of two dengan harga rm106 sahaja. Semoga maklumat ini dapat membantu anda yang ingin menikmati kebaikan bunga immortelle ini.



Sekarang kulit terasa ketat. Garis sekitar mata semakin menipis dan face ai jadi cerah halus dan gebu. Sebelah malam ai sapu immortelle reset serum dan pada esok paginya pula ai pakai L'Ocitane Divine Youth Oil. Ai pakai sebelum foundation. Pakai dengan cara yang betul pasti berkesan. Cuba lah!


Sekian. Daa...!!!

ps : Kredit gambar dari google