Ramai yg beranggapan bahawa 'menempek' bedak akan menenggelamkan kecantikan asli wajah seseorang. Dan sesetengah org jg berpandangan yang kecantikan asli tidak memerlukan seseorg itu memakai apa2 pd wajah. Kaktee rasa pendapat itu kurang tepat. Kecantikan asli juga perlu dipelihara supaya ianya tetap kekal selama mungkin.
kecantikan asli top blogger hanis zalikha
- membersih wajah - gunakan produk yg sesuai dgn kulit atau kehendak anda misalnya kulit kering, berminyak atau normal.
- Menyegarkan wajah. Pilih produk yg sesuai dgn jenis kulit. Jika kulit anda jenis yg kering, elak dari memilih toner. Toner akan menambahkan kekeringan pada kulit. Gantikan ia dgn softener. Kedua-dua jenis ini sesuai disapu menggunakan cottonpad atau cottonball.
- Melembabkan kulit muka dengan pelembab pilihan. Bagi wanita berusia pertengahan dan berumur, dinasihatkan memilih anti-aging moisturizer atau lifting moisturizer. Kedua-duanya amat berkesan dan membantu melambatkan kekenduran serta kemunculan garis-garis halus di wajah.
- Akhir sekali, memakai krim tabir suria atau disebut SPF atau UV/UVB. Krim ini akan melindungi kulit wajah daripada kerosakan cahaya ultra ungu yang mempercepatkan kerosakan kulit seperti muncul garis2 halus, jeragat, bintik2 dan warna kulit yang tidak sekata.
krim tabir suria
Selepas itu, anda boleh meneruskan dengan menyapu foundation atau hanya ingin mengenakan bedak padat sahaja. Jangan lupa calitkan sedikit gincu mengikut warna darah atau lipbalm yg byk terdapat di pasaran sekarang. Daaa...siap!!!
lip ice
lipstik tanpa warna
No comments:
Post a Comment