Nuffnang Ads

Follower

Tuesday, 13 December 2011

Ekzema


Entri ni adalah utk kekawan yg ada masalah sedemikian yg mungkin terlepas pandang akan artikel ni..


Kaktee tulis entri ni berpandukn rencana yg dipetik drp akhbar Harian Metro, Rabu 30 Nov yg lepas. Artikel tersebut ditulis oleh Siti Zarinah Sahib(sitizarinah@hmetro.com.my).

Ekzema kebiasaannya berlaku terhadap kanak-kanak yg dikenali sebagai ekzema atopik. Menurut pakar kanak-kanak drp Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond iaitu Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yg berlaku akibat tindak balas hipersensitif yg menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.



Ekzema ini boleh berlaku pada semua peringkat umur, misalnya bayi yg mengalami masalah ini akan hilang selepas ianya berumur tiga tahun. Namun begitu ada jg yg mengalami ekzema ini berlarutan sehingga dewasa. Kebanyakan pengidap ekzema mempunyai sejarah keluarga yg mempunyai penyakit yg sama serta alahan lain seperti rhintis(asma), makanan laut atau sbgnya.

Menurut pakar kanak-kanak itu lg, kebiasaan ekzema terjadi disebabkn beberapa perkara seperti alahan kepada sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci lain serta persekitaran. Kadang-kadang ada jg bayi yg alah terhadap susu formula.

Kata beliau lg, ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki. Bagi bayi pula, akan mudah kelihatan pada bahagian dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher. Beliau juga turut menyarankan ibu bapa yg mempunyai anak-anak ekzema menggunakan sabun khas yg tidak mengandungi steroid dan bahan kimia yg tinggi. Kebanyak di pasaran kini sabun atau set penjagaan kulit mengandungi bahan kimia yg tinggi yg boleh mengeringkan kulit bayi dan akan menyebabkan masalah ekzema semakin teruk.

Menyedari masalah ini, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan I-Green(M) Sdn Bhd, Soo Kian Kheng telah menghasilkan produk utk pengidap ekzema atopik ini. Beliau telah melakukan penyelidikan bg menghasilkan produk berasaskan bahan asli dan organik drp pati tumbuh-tumbuhan, selepas melihat kesakitan dan ketidakselesaan dua anaknya yg mengalami masalah ekzema.


En Soo Kian Kheng telah menghasilkan rangkaian produk Buds yg bebas bahan kimia dan steroid. Produk ini telah disahkan bebas bahan tersebut oleh EcoCert. Rangkaian produk Buds Organics Super Soothing dipertingkatkan dgn seni prabiotik semulajadi iaitu mengandungi glucan alfa oligosaccharide. Bahan ini menggalakkan kesihatan kulit serta meningkatkan kehadiran bakteria sihat dan pada masa yg sama menghalang pertumbuhan bakteria yg tidak diperlukan.

Istimewanya, rangkaian produk Buds Organics Super Soothing ini mengandungi mandian dan losen serta dilengkapi buku mengenai pengurusan ekzema dan panduan penggunaannya. Pembersih mandiannya mengandungi aloe vera, fructan dan prabiotik. Losennya pula membantu merawat dan menyembuhkan ekzema menerusi kandungan bahan yg menenangkan seperti aloe vera, minyak zaitun, jojoba dan bunga matahari. Menurutnya, produk ini diharap dapat membantu ibu bapa dalam menangani masalah ekzema anak-anak mereka.

Rangkaian produk ekzema Buds Super Soothing ini kini boleh didapati di farmasi Caring, Vitacare, butik Mothercare Mom's Care dan rangkaian farmasi yg memasarkan produk organik. Ianya dijual pada harga RM80 utk satu pek.

Di bawah ini kaktee sertakan antara panduan utk menangani masalah ekzema...

Panduan Pengurusan Ekzema
  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau suam.
  • Gunakan sabun yg lembut dan mempunyai kelembapan yg tinggi tanpa bahan kimia yg mengeringkn kulit.
  • Memakai baju longgar, nipis dan diperbuat drp kapas.
  • Elakkan makanan yg menjadi alahan kpd bayi atau pengidap seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Sapu pelembab di seluruh badan selepas mandi
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik dan bilik tidur, kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yg memburukkn keadaan gatal dan rengsa.
  • Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih agar tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lg ekzema.
  • Pastikan persekiran bilik dan rumah bersih dan bebas habuk dan kotoran.
Kaktee harap entri ni dpt beri sedikit sebanyak maklumat yg berkaitan pd kekawan sume...


No comments: